Tuesday, June 30, 2020

Projek Sains: Pengawetan Makanan Tahun 6


Sejak anak-anak kena belajar melalui talian ni, rutin ai kat rumah banyak berubah. Masa ai banyak dihabiskan untuk monitor kerja sekolah anak-anak. Mula-mula tu agak huru hara juga ai nak dapatkan masa balancekan antara kerja rumah dan sekolah anak-anak. Serius agak stress juga, dengan Qaireen yang masih menyusu badan. Dah sah sah ai lebihkan perhatian pada Qaireen. Kalau menyusu bukannya jenis sekejap, lama menempel. Lama sikit baru ai dapat adapt itu pun kekadang ada juga terlepas pandang sana sini hehehe..

Kalau bab homework online or class online ai okay dah. Tapi bila cikgu ada bagi assignment terutamanya untuk buat video yang ini ai ada kekangan sikit. Bukan apa, kalau bahan-bahan yang nak buat tu ada kat rumah itu takde masalah. Masalah bila bahan tu perlu dibeli dan dicari kat luar. Tahu la dengan keadaan yang kita masih lagi dalam PKPP, walau pun dah boleh keluar. Nak keluar dengan heret semua anak-anak tu agak leceh sikit. Ada SOP yang perlu kita ikutkan. Apa pun Alhamdulillah setakat ni apa yang cikgu bagi tu semua akak Zahra dapat selesaikan. Tinggal lambat cepat je nak siap :) Ish.. banyak pula membebel. Sebenarnya entry ni nak buat kenangan yang akak Zahra kena buat projek berkenaan pengawetan makanan. Cikgu Sainsnya suruh murid-murid buat video. Ai suggest Zahra buat jeruk mangga :)

Bahan-bahan macam biasala ai kena sediakan. Yang selebihnya ai serahkan pada Zahra mengikut kreativiti dia. Mula-mula tu ai la yang kena rekod video dia, dalam tengah nak setting tu tetiba Qaireen nak menyusu. Nasib baik la masa tu enZaf ada kat rumah, ai suruh dia je tolong rekodkan video. Masa akak Zahra buat tu ai tak tengok pun, tahu tahu je dia hantar video melalui whatsapp untuk ai tengok.



Masa tengok tu agak frust sebabnya masa tengah dia buat jeruk tu boleh ada bekas air kat depan. Macamana cikgu tu nak nampak apa dia buat. Yang Daddy dia pun satu hal juga. Takkan la tak perasan, rekod asal boleh je. Apa lagi bising la ai. Buat kerja tak senonoh macam ni ai memang tak boleh terima. Buat penat je rekod bagaikan. Disebabkan masa buat ni pada waktu malam dan dah lewat, ai nak akak Zahra buat semula projek dia esok hari. Ni kira re-take kali ke-dua. Ceh dah macam pengarah pula kan :p Mujur juga la ada beli lebih buah mangga. Itu pun terpaksa campur sedikit dengan yang dia dah campur dengan cuka garam. Kena cuci balik, hentam aje la hehe. Lagi sekali ai kena siapkan bahan-bahan. Kalini memang ai sendiri yang rekod dan pastikan semuanya okay.



Video bawah ni akak Zahra yang edit. Gabungkan video-video pendek jadikan satu semua tu dia buat sendiri. Ai serahkan kat dia je. Bila dia dah siap editing terus tunjuk kat ai. Kalini ai tersenyum lebar. Puas hati tengok video tu. Walaupun tak 100% perfect, tapi dah memadai. Nak pula bila cikgu Sains dia dah bagi grade, nampak riak wajah muka Zahra tu seronok sangat. Tahniah kakak!!



Buat masa ni dah 2 video untuk projek Sains dia kena buat dan satu lagi untuk subjek English. Rasanya banyak lagi projek bakal menyusul. Bila tak pergi sekolah inilah cara cikgu nak buat penilaiankan murid-muridkan. Markah-markah semua tu akan dimasukkan dalam PBD.

Oh inilah rupa jeruk mangga akak Zahra. Dapat la ai merasa dia buat. Kalau tambah asam mesti lagi sedap.





2 comments:

Sheila Arshad said...

good job Zahra. Anak-anak ammi pun banyak assignment online. Bab-bab buat video ni memang kene monitorlah kalau tak dorang abaikan je.

Pastu bab bapak budak yg rekod tu...hahahha kalau kat rumah ni pun lebih kurang je. kalau ada kain buruk atas meja pun bukanlah nak alih ke hapa. belasah je

Nurhayati said...

thank you ammi.. hehe bertabahla kita mak2 ni kan. semoga anak2 kita ni sentiasa bersemangat nak buat kerja sekolah. eh bukan anak2 je mak pun sama kena rajin monitor. belajar kat rumah ni byk cabarannya :)