Wednesday, July 24, 2019

Ke Klang


Lama tak pergi Klang.
Kalau sesaja nak ke sana
memang tak la kan.
Pergi ni pun sbb ada jemputan
birthday anak kawan.

Tak sangka okay dpt jemputan
dari kawan opisku dulu Hendra.
Dekat 8 tahun lebih gak la tak jumpa
sejak diriku berhenti kerja kat USJ.
Hanya update dari FB je.

Masa dapat jemputan tu,
ai bgtau enZaf pasal birthday ni.
Kebetulan dia pun memang kenal Hendra,
sbb pernah jumpa bila company
ada buat event.
Family day, raya and main futsal sama.
Sbb tu ai berani nak tanya.
Ni kawan opis lelaki kan hehehe

Dan enZaf pun cakap dia okay je nak pergi.
So ai pun whatsapp ngan Hendra
bgtahu kami nak dtg dan mintak
hantar location :)

Cuaca masa perjalanan nak ke Klang,
hujan lebat dari rumah.
Ngam ngam sampai dekat ngan rumah dia,
elok plak cuaca cerah.

Jemputannya start tengahari sampai pukul 5
tp kami sampai pukul 3 sbb
menunggu akak Zahra habis tuisyen.
Nasib baik makanan ada lagi hahaha
Cuma kambing je dah habis :)

Sedap2 okay makanannya.
Nasi beriani, ayam masak merah, acar timun
daging hitam tak silap..
sedap2 bertambah2 anak2 makan
dengan maknya skali :p

Kuih muih pun sedap.
Ada eksrem cendol bagai
eh semua sedap la.

Lama okay duk situ,
dekat pukul 5 jugakla.
Sembang2 ngan Hendra yang telah
sekian lama tak jumpa.
Makcik Pakcik Bawang la kami hihi

Sebelum balik harusla bergambarkan.
Tak tahu la bila boleh jumpa lg.
Ntah ntah anak kawin kot jumpa lagi hihi



Thank you Hendra & wife sudi
jemput dan layan kami.
Happy Birthday buat Ainul Mardhiah,
semoga jadi anak yg solehah di dunia
dan di akhirat.

Lepas dari rumah Hendra,
kami ke GM Klang.
Dah alang2 dekat kat sana kan.
enZaf nak cari remote control car
si Ariq ni.
Habis setiap kedai toys masuk.

Saja ambil gambar Daddy & son.
Mereka sedondon biru haritu.



Masa tengah jalan2 tengok kedai,
tetiba Qaireen pergi satu tempat
dan stop kat situ,
sambil pegang satu kotak.
Tengok2 rupanya dia berhenti
sbb nampak mainan PJ Masks.



Qaireen ni sejenis tak kisah sgt pasal mainan ok.
Kalau pergi Hamleys or ToysRUs,
dia tengok mainan2 dan pegang,
tp kalau kita ajak pegi tempat
lain dia tak kisah.
Takde la nangis or apa sbb takdpt mainan.
Melainkan mainan tu adalah
katun or watak yg dia minat dan kenal.
Macam PJ Masks ni.

Jangan bagi nampak Didi & friends,
Upin Ipin, Omar dan Hana dan Doraemon.
Ni kalau dia dah pegang,
confirm tak lepaskan dan bila ambil
dia akan nangis.

Masa dia nampak PJ Masks ni,
dia memang taknak pergi tempat lain.
Daddy dia nak ambil kotak tu
tuk bayar pun dia marah taknak lepas.

Masa ni tak menyempat dah nak main,
sampai duduk kat lantai ok.
Dalam GM Klang ni takde kerusi.



Mummy dia pun selamba badak,
duduk kat lantai jugak.
Lantak la orang lalu tgk kami.



Daddy & Ariq pergi mencari toy dia,
ai malas nak ikut.
Penat berjalan hehe

No comments: