Sunday, July 28, 2019

Let's DimSum Halal, Kota Damansara


Kat KD ni banyak kedai makan.
Tinggal larat tak larat je nak pergi hehe
Pastu byk juga kedai yg buka tutup,
bila lama tak lalu area kedai tu
tau tau je dah takde,
kedai lain plak..
begitu la kehidupan berbisnes ni kan.

Kalini try makan kat Let's DimSum
dengan satu2nya kawanku TeeB yg
rajin nak melayan tekakku ini.
Puasa dan raya tak sempat jumpa dia.
Ni kira makan2 post-raya la haha



Oh, baru tahu ni kedai
Serina anak Chef Wan.
Cantik interior kedai ni.
Sangat selesa yg pasti.
Sebelum ni dia ada bukak kedai char kuey teow
tak silap kat KD gak,
tp tak sempat nak makan.
Tup tup dah tutup.
Tp dalam kedai dimsum ni
ada char kuey teow dia gak kalau nak.
Cuma masa ni ai takde la order tu,
tujuan utama nak makan dimsum hehe

Ada bubur nasi.
Senang hati sbb boleh bagi
Qaireen makan.
Lauknya ai mintak asing.



Dalam gambar nampak kecik,
tp pinggannya besar
begitu jua dgn portionnya.
Sedap nasi buburnya.. nasi tu tak tawar.

Zahra dia nak makan dumpling mee soup.
Sedap jua.



Sebelum ni dia kalau nak makan ni,
kat Restoran Mohd Chan.
Tp bila kt KD ni dah tutup,
jarang la makan.
Jadinya sekarang dah tau kat mana
kalau dia tetiba rasa teringin makan.

Yang ni antara dimsum yg kami order.
Ambil yang recommended.



Lupa plak nama apa.
Yang pasti ada salted egg bun,
siew mai.. lagi ape ntah haha

Untuk tekak ai.
Sedap2 dimsumnya..
pekena ngan kicap dan cili lagi lah.
Cili dia sedap.. kalau tak sedap,
potong la selera tu.

Ohoi kena repeat lagi ni nanti.
Bawak enZaf plak.
Dia suka dimsum jua.

Lama juga lepak ngan TeeB.
Dekat pukul 6 baru balik.
Sebelum tu harusla bergambar sblm balik.



Gambar ni akak Zahra snap.
Konon nak balik,
tp berborak lagi kat parking kete tu.
Ntah berapa kali cakap bye bye haha



Kalau jumpa TeeB ni
mesti ada je beli tuk anak2.
Tak pernah tangan kosong.



Thanks Tee.
Moga dirimu sentiasa dilimpahi rezeki yang luas.

No comments: