Thursday, July 11, 2019

Kena Chicken Pox


Qaireen kena chicken pox.
Rasanya dia sorang je yg kena
dalam adik beradik.
Ariq Aliah kena demam campak je.
Takde kena yg berair lagi.

Tak tahu dapat dari mana huhu
Mula2 sebelum chicken pox tu byk,
ai perasan ada gelembung air kat
jari kanan dia.
Masa tu tak fikir lagi apa,
mungkin jadi mcm ai sensitif
ngan apa2 sabun ke apa.
Esoknya pagi perasan ada lagi naik
gelembung air kat dahi dia.
Badan dia pun rasa panas sikit,
macam dedar nak demam.

Ai tunggu sampai ke tengah hari,
tgk ada bintik2 kecil kat area belakang badan.
Tak sedap hati terus cakap ngan enZaf
bawak Qaireen ke klinik.
Memang dia demam sikit dan
doktor sahkan dia kena chicken pox.

Lepas tu makin banyak naik
bintik2 air kat badan dan muka.

Susah nak ambil gambar dia tengan bergerak ni.



Paling banyak naik kat belakang badan
dan kepala.



Sapu losyen calamine aje
kat chicken pox dia tu.
Doktor pun ada bagi ubat tahan gatal,
bila tengah naik dan nak kering tu,
Qaireen mesti nak garu2.

Lega juga la sbb demam Qaireen tak lama,
2 hari je pastu dia ok.
Gambar ni masa chicken pox dia dah start kering.



Sian anak Mummy,
comot betul rupa tu hahaha



Oh ada juga bagi dia minum air kelapa,
tapi dia tak suka.
Sudahnya ai yang minum hari-hari,
dia masih menyusu badan,
so salurkan melalui air susu la kan hehehe

Dalam hari ke-5 tak silap,
baru chicken pox tu turn ke kaki plak.
Orang cakap kalau dah sampai kaki,
tu tanda chicken pox nak habis.
Kat kaki dia tak naik banyak.
Bole la kira kat peha betis tu,
pastu tapak kaki satu je.

Qaireen dah baik laju2 ai ajak enZaf keluar haha
Tak pergi mana pun.
Lepak Starbucks aje.
Tepu otak okay 2 minggu kuarantin.
Si kenit ni pun gembira dapat
hirup udara luar :p



Baik dah dia tinggal parut je.



Dalam byk2 chicken pox dia,
tinggal satu je parut berlekuk
kat hidung.
Harap2 bila makin besar
hilang la lekuk tu.



Alhamdulillah,
proses nak sembuh tu agak mudah la jugak
sebabnya Qaireen masih kecil.
Nasib baik dia jenis tak kisah sapu ubat bagai,
redha je Mummy dia sapu semua.

Ni kira tips dari ai
jaga anak yg kena chicken pox.
- sentiasa sapu losyen calamine
- minum air kosong byk
- minum air kelapa hari2
- ai pun pantang makan, elak menda gatal dan goreng sbb menyusu
- kerap mandi
- pasang aircond, kalau panas berpeluh dan
pasti rimas tak selesa.

ye ai selalu mandikan Qaireen,
supaya dapat kurangkan gatal2 dia
sambil buang kulit chicken pox mana yg dah kering
Jangan kopek, bila kena air
kulit tu akan lembut dan
senang nak keluarkan.

Harap2 takde la berjangkit kat anak2 yg lain.


No comments: