Tuesday, July 16, 2019

Report Card Anak-anak


2 Jumaat lepas gi sekolah anak2,
jumpa cikgu dan ambil report card.
Kami dtg sekolah lambat,
dalam pukul 11 pagi.
Daddy dia tak larat nak pegi awal
sbb balik keje lambat pukul 3 pagi sampai rumah.
Lagi pun elok dtg lambat kalau
awal2 ramai parents.
Memang kami sampai pun
tinggal berapa kerat je.
Sampai kawan2 akak Zahra perempuan
semua dah balik,
tinggal dia sorang hahaha
Yang lain kawan kelas lelaki :)

Itu pun kami terpaksa tunggu kejap,
guru kelas dia pergi kantin,
berehat dan minum.
Penat layan ibubapa hehehe

Sementara tunggu tu harusla ambil gambar.



Lupa bawak selipar Qaireen,
moody dia sebab tak bagi dia berjalan.
Last2 ai bg gak dia jalan,
lepas tu basuh la kaki dia yg kotor tu.

Dari camera enZaf.



Ikutkan dia tak dapat nak join sekolah ni,
kena pergi Melaka.
Tup tup dia tak jadi pergi,
ada org lain take over uruskan.
Alhamdulillah tak perlu ai huru hara
ngan anak2 ke sana sini heheheh

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Zahra.
Jatuh sikit.
Kedudukan dalam kelas: No.4
Kedudukan dalam darjah: No.9

Subjek lain semua okay,
yg turun tu Bahasa Melayu dia.
Nampak gaya ai kena tekankan lebih kat situ.
Paksa dia byk membaca BM,
kalau BI dia laju je..

Selesai hal Zahra,
terus kami pergi lunch.
Balik rumah dan Ariq Alia bersiap2 plak
nak ke sekolah
tp sblom tu Ariq dan daddynya pergi
solat Jumaat dulu.

Sampai2 sekolah,
kami terus ke kelas Ariq.
Ada la 5 parents dah tunggu.

Time ni ai tertinggal phone dlm kereta.
Maka gambar2 semua ni ihsan
dari camera enZaf :)



Nasib baik la tak lama sgt menunggu.
Dah selesai Ariq ke kelas Aliah.
Kelas dia tingkat atas sekali,
patah pinggang memanjat tangga.



Masa menunggu Aliah pun tak lama sangat,
masing2 parents paham dan maklum,
sebab ramai menunggu giliran.
Qaireen pun nasib baik la bole bawak diri,
dia berjalan dalam kelas ke sana sini.
Semua orang dok layan dia je haha

Salah satu hasil kerja seni Aliah.
Oh ada jua seni Ariq kat kelas dia,
tp lupa nak ambil gambar huhu



Harusla ambil gambar anak2 lagi.



Memandangkan tahap 1 dah takde exam,
report dorang dinilai berdasarkan Tahap Penguasaan (TP).
TP1 lemah sehingga TP6 memuaskan.
Setiap TP yg dapat tu adalah penilaian dari guru subjek masing2.
Agak subjektif kalau kita nak tau
bagaimana proses penilaian skor TP tu.
Tp takpela itu kerja guru2.

Hasil dari report guru kelas masing2.
Ariq kebanyakkan subjeknya dapat TP3.
Ni kategori minimum kalau tak silap.
Basic semua ada dan tahu.
Kena tingkatkan lagi usaha dia.
Paling lemah Matematik sbb tu je subjek
dia dapat TP2 huhuhu

Aliah plak kebanyakkannya TP5.
TP 4 ada 2 subjek tp ai tak ingat plak.
Nak ambil result dia ntah mana ai letak huhu
Kena kemas barang2 kat atas meja or beg nanti.

Alhamdulillah dan bersyukur apa aje
keputusan dorang sbb dah tau
semua dah berusaha sehabis baik.
Moga anak2 Mummy terus maju jaya hendaknya.

Selesai dah semuanya
enZaf ajak ke IPC.
Minum petang dan jalan2 cuci mata hehe



No comments: