Thursday, October 22, 2015

Mommy's Night


Baru nak wat entry pasal kawan2.
Cerita sebelum Maal Hijrah.
Eh sebelum dan tengah Maal Hijrah la patutnya :)

Hari 13hb tu ada small gathering
ngan kawan2 universiti.
Diikutkan ai tak dapat join,
sbb Zara ada kelas Eye Level.
Takut ai lambat sgt kang jenuh dorang nak tunggu.
Lepas je Zara habis kelas kul 9malam,
ai pun whatsapp la dorang kot dah lama lepak ke apa.
Rupanya2 sorang pun tak sampai lagi.
Ye ye je ckp lepas Maghrib jumpa hehehe
Memandangkan dorang pun tak sampai,
Zara pun dah habis kelas,
apa lagi laju je la cakap okay jumpa sana.

Jumpanya kat umah kawan ai Dina
kat Putrajaya.
Nasib baiklah Zaf yg baik hati tolong hantarkan.
Kalau gi sendiri malas la sbb jauh dan
dah lewat malam.
Kalau dia tak bole hantar idak juga la nak gi sendiri.

Farah bawak nasi dagang.
Special home made dari air tangan dia.
Memang sedap sangat, terbaik!!



Tuan umah buat spaghetti.
Pizza tu plak katanya beli je.



Ai mmg dtg bawak perut je,
last minute gitu haha
Kalau mmg plan nak ke sana leh la bawak ape2 yg patut.

Bergambar sebelum makan.
Lama giler okey tak jumpa dorang.
Nak nak ngan Farah (tudung hitam),
last masa konvo 2002 skang dah 2015 perghhh
Yang lain tu ada la tak jumpa 2-3 tahun.



Anak2 nasib pandai bawak diri,
Ariq dapat toy diam la dia.



Apa lagi bila dah jumpa kawankan,
harusla byk gosip mak jemah keluar.
Borak gelak borak gelak tak ingat dunia
sampai kul 1 pagi.
Itu pun dapat msg dari enZaf ajak balik hahaha
Tak ingat laki weh.
Rasanya mahu sampai Subuh tak balik2kan.

5 sahabat berlainan negeri.
Ella (Pahang), Farah (Kelantan), Erna (Sabah), Dina (Kedah), Ai (johor)
Bayangkan masing2 cakap loghat negeri hihi



Sebelum balik sempat la tapau makanan tak habis.
Mana tak habisnya, borak lebih dari makan.
Dah jumpa kawan lamakan.
Esok pagi ai panas2kan aje lauk.



3 comments:

annapeje said...

wah seronok nyer mcm neh aku pon suka hehe tapi payah oke nk realisasikan mcm2 hal n halangan :P

4 Kay-E said...

Memang seronoklah jumpa kawan lama.sambil makan sambil semabng2, sedar2 dah pagi ye :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)