Monday, September 6, 2010

Sudah ke Belom?!



Blom bersalin lagi ;)
Kalau ikutkan EDD lagi 10 hari..
Tapi rasa cam dah tak larat sangat.
Tak larat pun kena la bawak jugakkan,
tapi satu je harapanku, bagi la mummy beraya dulu ye baby.
Malam raya pun jadi la.. nak makan makanan rayaaaaa!!! hehe



Tanda-tanda Hampir Bersalin

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran
kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

Anda mungkin terasa:

- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
mmg rasa sakit kat kelengkang ni.
Nak jalan, baring, duduk.. adoi
Dah rasa cam King Kong berjalan.
Alhamdulillah, sembahyang tak sakit plak.
bole lagi sembahyang cam biasa.


- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
Yang ni jgn kata la, rasa nak buh toilet kat sebelah.

- sakit perut, memulas
bila baby mengeras dan menegang.. mmg sakit

- kerap buang air besar
1 hari ada la dekat 2-3 kali buang

- kerap terkentut
Hahaha yang ni ai dah jadi cam en.suami, kentut lepas je.
Tapi takde bau..nasib


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Dah start kuar sket2.

Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka.
Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Yang ni blom lagi.

Sakit belakang

- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.

- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak
(tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas,
tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.

- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan.
Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.

- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda
dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Yang ni mmg mintak en suami urut belakang selalu.
Memang keje dia :)


Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau.
Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina.
Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.
Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam.
(datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.


Sumber:
When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
Labor Signs, webmd.com
Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

19 comments:

~ As ~ said...

aku tgk gmbar tu buat aku rasa ngilu... padahal dah 2x beranak...

DaZzlingLilLy said...

harap2 sempat la u merasa makanan raya yatie..doa banyak2 yer..moga dipermudahkan semuanya..

attyfir said...

insyallah .baby kasi mommy dia beraya dulu tuh

jane_doe3328 said...

yatie, may everything goes well & smooth :D

Dee said...

sis..silap2 dpt anak 1 syawal..syoknya..hehehe..tp nasi impit, rendang tu suma boleh je mkn..pulut jgn..angin..semoga semuanya selamat ye sis..amin..

SemuaTentangKita said...

beb..tk kira la bila dia nk kuar, aku doakn semoga semuanya selamat & dipermudahkn..

4 Kay-E said...

Insya-Allah selamat bersalin nnt & selamat raya dulu :)

AngahSayang2314 said...

hehehe tahun nie seronok kan beraya dapat bb tapi tak seronok beraya ngan kain pelekat & x bole makan sebarangan kan?? sabar yerrr sebelum pantang apa lagi bedal la... hehehe

Sidratul Muntaha said...

huuuuuuuuuuuuuuu
chayok!chayok!

Liza said...

liza doakan yati selamat bersalin, tak sabar nak tgk gambar baby cute

♥ Mrs. C ♥ said...

tah tah 1 syawal bb nak kuar kot.. hiihhihi...

♥ Mrs. C ♥ said...

owh... anyway thnx bg kad raye.. yeayy..

CiKaYu said...

rasa meremang pula baca entry ni...teringat masa memula bersalin dulu....take care yati..pulun dulu makan tuk raya nanti..baby sabar yea...mummy nk beraya dulu.

mrs shaifull said...

yati, rindunya, dah lama x borak2 kat sini, yati apa khabar? waaa dah dkt due tu, semoga semuanya selamat, nnt jgn lupa letak gambar baby tau :) take care dear ..

Queenin Murni said...

semoga selamat semuanya yati.. cpat2 join liya berpantang. heheheh!

selamat hari raya, maaf zahir batin.. :)

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

wah..tetiba teringat lak time nk bersalin dulu...semoga selamat semua nya..dan salam aidilfitri..

Farah said...

harap2 semuanye selamat..dah tak lama dah zahra nak dapat adik.

selamat hari raya yati n famili!!

Pija Madzlan said...

Selamat berjuang yep :)

armouris said...

info tentang bersalin dalam air di SIHAT SELALU - Bersalin Dalam Air Kurang Sakit