Wednesday, September 8, 2010

MY BEST HARI RAYA STORY

harini masa sangat free, sbb keje dah setel.
tinggal nak beraya je..
badan je kat opis tapi pale otak dah ke langit.
disebabkan mood raya terlebih sudah, harini rajin nak join
contest dari LadyVerde. :)

Citernya dah lama.. seingatku masa ni umur 10tahun.
Ikutkan ramai dlm citer ni, tapi ai hanya citer watak utama je
dalam kejadian ni.


Ceritanya bermula pada malam raya kat umah atok.
Tau la zaman budak2. time malam la hari yang dinanti2kan
sebab kami tak sabar nak main mercun dan bunga api.
Siap berperang ngan kampung sebelah lagi.
Sepupu2 lelaki saya suka main mercun, standard la tukan.


Ntah camne, dalam tgh syok2 main tu,
salah satu mercun tak naik ke atas..
terus terbang hala ke arah atok.
time tu atok tgh sibuk membakar lemang.


Ape lagi, terus menerus mercun tu hala ke dia.
elok2 je meletop kat bahagian depan kain pelekatnya.
Nasib tak luka or melecur, cuma terkoyak je kainnye heheh
yng best tu, terus menampakkan keseksian atok, nampak peha nya yg halus kurus tu.
Nasib takat peha je, kalau atas sket. lain dah jadinye haha


Ape lagi, mengamok la atok.. terus dia sambar kayu api tuk bakar lemang tu,
kejar kami. dan tak pasal2 ku pun terlibat sama lari.
pusing satu umah. hehehe


Nasib atok tak pengsan or semput kejar kami.
Dan nasib jua la atok tak kena heart attack, sbb mercun tu.
Lepas dari kejadian tu, kami pegi main jauh2 sket.
Tapi tetap tak serik nak main bunga api atau mercun.
Itu la salah satu pengalaman hari raya yg menarik buatku pada zaman kanak2. :)
.
.
.
.
.
Jadi kesempatan ni, ai nak ucapkan selamat hari raya.
Bagi yg balik kg. berhati2 dijalan raya.
Moga kalian selamat pergi dan selamat kembali.
Ingat orang tersayang!!




Pada LadyVerde, terima lah cerita ai yang tak seberapa ni. :)

7 comments:

erlyda said...

SELAMAT BERAYA =)

AngahSayang2314 said...

hehehe memang kelakar apa pun selamat hari raya

Dee said...

hihihi..cute je..selamat hari raya yati..maaf zahir batin ye..hati2 di jalanraya..

@nnap3jelov3b@by@qiL said...

selamat hari rayer yati hehehe

Sitisifir10 said...

hohohoh...naya atuk dia kene serang :P

4 Kay-E said...

Selamat Hari Raya Yati & famili..

Atok mengamok, abis kena keja. hehehee.. Mesti tak lupa cite sampai ke tua :)

Liza said...

love this entry, very cute!