Friday, August 12, 2011

Baju raya untuk Zara

Wiken ni nak sambung misi mencari baju raya anak2.
especially Akak Zahra.
Adik Aliah pun ada gak tapi idak la nak cari byk sangat,
sbb bole pakai baju2 akak dia aje.
Sian pakai recycle je kan hihihi

Minggu lepas dah beli sket tuk dorang.
Beli dress kat Poney,
sebab sana bole dapat sedondon tuk akak adik.
Nak boria je kan mummy nih huhu.

Lepas solat subuh tadi,
saje la menggoogle website baju2 dorang ni.
Banyak giler berkenan..
kalau la byk duit rasa cam nak beli semuanya.
hahah tamak sungguh kan.

Pakaian tuk gegirl ni sangat la cantik.
Ai sanggup keluarkan duit tuk barang anak,
dari tuk diri sendiri. :-)
Kalau barang sendiri pikir banyak kali beli ke tak,
tapi kalau barang2 tuk anak,
yg dah berkenan tu, tak pikir byk,
terus bawak gi kaunter haha
Rasanya semua mak2 di dunia ni camtu kot kan.
Dulukan anak2.
Setuju tak??!! :p



Thursday, August 11, 2011

Pasti meriah

Raya tahun ni pasti meriah.
Sebabnya cousin2 ku 3 orang dari Korea,
akan balik beraya kat sini.
Hoyeyyyy...
Rindu bangat sama dorang.

p/s: mintak bawak balik bf korea ya.. :p



Pic2 semua ni cilok dari FB mereka hihi










Wednesday, August 10, 2011

For Sale: Eyeglasses & Scarves




Brand New & Pre-Loved
Visit my salesblog
My Cute Little Wardrobe



Tuesday, August 9, 2011

Sesat

Dapat email dari Liya.
Sangat2 terkejut bila baca email ni.
Sila click pada image tuk lebih details.


.................................................................................

nauzubillah..mintak dijaohkan kita n keturunan kita dari kesesatan ni.. Bnykkan la beristigfar kepada Allah..moga Allah mengampuni kesalahan kite



Assalamu alaikum... aku baru nak terlelap tiba tiba ternampak satu group yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Murtads in Malaysia and Singapore' ya'allah mengucap panjang aku baca komen komen dan post post kat situ, apa yang menyedihkan lagi sebilangan ahlinya ialah di kalangan warga melayu, yang berstatus islam..

hampir menitis airmata aku apabila manusia yang dahulunya beragama islam kini menghina dan mengkeji islam, pada pihak yang berkenaan sila ambil tindakan, sebelum ramai lagi bangsa bangsa kita yang me'murtadkan diri. ada jugak beberapa remaja perempuan melayu yang aktif, aku cukup sedih dan tak sangka, apa yang membuat mereka keliru dengan agama sendiri...

penghinaan terhadap agama bukan satu gurauan, dan tak kelakar langsung ok.

even kau tak percaya agama kau sendiri kau tak perlu nak hina agama kau! then kalau kau tak percaya agama kau! apa yang kau percaya !!! macam ni punya manusia pun ada.






Monday, August 8, 2011

Fening

Ayoyoooo
Perkataan feveret Zara sejak tgk Upin & Ipin tu (Rajoo)

Diriku fening betul baca satu email staff ni.
Dia tulis omputih, tapi ayatnya pusing2.
Bukan ke senang kalau tulis dalam Bahasa Melayu je.
Lagipun takde undang2 opis ke ape ke,
suh email atau memo atau sewaktu dgnnya nak berBahasa Inggeris.

Explain dalam Bahasa Melayu lagi mudahkan.
Takde la menunjukkan diri anda tu tak berapa cerdik sangat.
Dah kena call tuk tanye ape kebenda yg nak huhu

Peace 88x!!!