Monday, January 31, 2022

Rombongan Keluarga Pengantin Perempuan


Pada hari Sabtu baru ini, kami sekeluarga turut serta dalam rombongan majlis bertandang sepupu ai Amira. Majlisnya berlangsung di Tanjung Karang. Masa persandingan sebelah keluarga Amira, kami tak pergi disebabkan Ariq masih berpantang sunat. Alhamdulillah majlis bertandang ni kami dapat pergi.



Rombongan keluarga pengantin perempuan perlu berkumpul di Masjid Tanjung Karang sebelum bergerak bersama-sama menuju ke rumah keluarga pengantin lelaki. Cuaca hari itu sangatlah baik, cerah dan panas. On the way nak ke Tanjung Karang ini sangat jem, boleh dikatakan semuanya sampai lambat pada waktu yang ditetapkan.



enZaf pula parking betul-betul depan papan tanda kawasan masjid ini. Tajam betul ayat tu, terasa di hati hehehe.. Semoga kita sama-sama dan berusaha menjaga aurat sehabis baik. Sementara menunggu saudara mara yang lain, wefie lah dalam kereta. Nak keluar kereta malas :p



Walaupun partner ai tidur tapi tetap nak ambil gambar dia juga. Kesian dia penat sangat :p Lupa pula nak ambil gambar anak lagi tiga orang tu hehehe.. Baju kurung of the day ai hari itu. Suka pada tulle yang ada pada bahagian tepi baju kurung ni.



Bila semua dah sampai kami pun terus bergerak menuju ke rumah keluarga pengantin lelaki. Cantik sepanjang jalan nak ke sana, ada bendang bahagian kanan. Elok menghijau, segar mata memandang :)



Ambil gambar pengantin dari meja saja, enZaf suruh ai ke depan tapi ai malas nak bangun dan bergerak :p Cantik pelaminnya. Kawasan rumah kampung besar dan luas, pasang pelamin kat luar sahaja.



Cuaca memang panas ya amat, anak-anak dah berpeluh macam apa. Muka dah merah kepanasan macam sotong terbakar. Ariq pula menitik-nitik peluh dari rambutnya, bila ai tengok tu dah macam hujan hehehe.. anak-anak bandar jarang berpanaskan, macam itulah rupa. Mujurlah mereka semua ini tak meragam dan minta balik terutamanya Qaireen. Nasib baiklah semuanya okay. Lauk pauk makanan kenduri sangatlah sedap. Cuma lauknya semua pedas, kesian kat anak-anak makan sedikit sahaja. Daddy dorang dah janji lepas kenduri ni dia bawa anak-anak makan lain :)



Pengantin tabur gula untuk kanak-kanak. Yang besar pun boleh juga nak join sama. Masa ini seronok tengok masing-masing berebut kutip gula-gula. Teringat masa ai kahwin pun ada juga adat tabur gula-gula ini bersama dengan duit syiling.



Sebelum balik wajiblah ambil gambar dengan pengantinkan. Sampai ada dua posisi bergambar, duduk dan berdiri. Layankan sajalah bila jurugambar yang suruhkan hihi..



Selamat pengantin baru dan tahniah buat sepupuku Amira dan suami. Semoga kalian berdua kekal bahagia hingga ke Jannah.



Tahniah juga buat Pak Lang dan Mak Lang dapat satu-satunya menantu lelaki. Lega dah mereka bila anak-anak dah lepas semuanya. Terlupa ai nak ambil gambar dengan Mak Lang dan Pak Lang. Gambar di bawah ini ai ambil dari Facebook Mak Lang :)





No comments: