Monday, January 3, 2022

Aktiviti 1 Januari 2022


Akhirnya berjaya juga buat entry pertama bagi tahun 2022 :) Dari hari ke hari nak buat, tapi tak terbuat-buat juga. Ada je kekangan yang datang hihi.. Tahun baru ini tiada percikan bunga api diadakan. Sambutan tahun baru kali ini digantikan dengan solat hajat dan doa selamat kerana negara kita dilanda musibah banjir yang mengejutkan terutamanya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Semoga dipermudahkan segala urusan bagi yang terkesan dengan banjir ini dan juga para petugas dan penyelamat.

Okay berbalik pada entry ini, enZaf bawa kami lunch di Restoran Mahbub. Terasa nak makan Nasi Briyani katanya. Boleh tahan ramai juga orang masa ini padahal waktu itu hampir pukul 3 setengah petang dah. Kami lunch lewat sebab dah makan pagi lambat :) Rasanya sekarang ni orang dah tak kira waktu nak makankan. Nasi lemak pun boleh makan sampai tengah malam, dah macam makanan setiap waktu gitu hihihi..



Walaupun ramai pelanggan tetapi servis di Restoran Mahbub ini laju. Tak ada la lama sangat nak menunggu. Selesai makan kami ke OU. Tak ada rancangan pun nak buat apa, saja window shopping.



Dalam tengah-tengah berjalan tu, enZaf ajak main Bowling. Dia kata dia teringat ai pernah ajak main Bowling sebelum ini. Dah la masa tu ai tengah pakai skirt, nak cakap tak nak nanti tak tahu lagi bila nak main Bowlingkan. Bila orang dah ajak tu, ai okay sajalah. Skirt pun skirt lah. Janji dapat baling bola hehehe..



Panjang juga orang beratur nak main Bowling. Disebabkan kami memang tak ada nak buat apa, maka semua gigih juga la beratur dan menunggu. Yang paling penting Qaireen tak meragam.



Pada musim pandemik ini, Wangsa Bowl membuat bayaran mengikut jam. Kalau tak silap ai, dahulu kita bayar mengikut frame berapa banyak nak main. Tapi kali ini buat ikut jam. Berapa bilangan frame main bergantung kepada kelajuan kita sendiri.



Lama betul ai tak main Bowling. Kalau search semula dalam blog ini, entry ai buat pada tahun 2009 hahaha lama betul tu [link]. Tempat pun sama cuma dulu namanya U-bowl. Tak silap ada lagi satu main Bowling masa tu anjuran company. akak Zahra dalam setahun lebih. Lebih kurang juga la tu tahun 2009 atau 2010. Yang itu tak masukkan dalam blog pula. Terlupa agaknya. Nanti nak cari ada lagi ke tidak gambarnya.



Qaireen pun main juga. Ini merupakan kali pertama dia main. Dia agak hairan kenapa banyak sangat bola tapi bolanya berat dia tak boleh nak angkat :)



Mula-mula main, semuanya masuk longkang hahaha.. tak dapat lagi teknik balingan tu. Bola yang ada masa kami main tu pun saiz 8. Agak berat juga untuk akak Zahra, Aliah dan Ariq nak baling. Dulu ada bola saiz 6 dan 7, tak jumpa pula. Sama ada dah tak ada atau pun tak banyak.



Haruslah ai ambil gambar anak-anak. Lama-lama semuanya dah okay walaupun masuk longkang lebih banyak dari jatuhkan pin :p



Aliah yang paling nampak stres sekali sebab dia masih tak berapa dapat nak baling dengan betul.



Ariq ai ambil gambar sipi-sipi sahaja.



enZaf masih tetap berbisa walaupun dah lama tak main Bowling juga. Lepas dia main Bowling esoknya dia main Golf. Katanya jauh pukulan dia asbab main Bowling agaknya. Nak main Bowling lagi la tu :p



Gambar ehsan dari akak Zahra. Mummy baling dengan pakai skirt tu nasib baik lah tak tersadung haha.. Tak semua balingan ai buat, bergilir-gilir dengan Qaireen. Lagi pun main untuk seronok, bukan serius kena jatuhkan juga pin tu kan.



Video di bawah Qaireen's first strike! Banyak juga video ai ambil. Simpan dalam blog ini sebagai kenangan.











Lepas main Bowling kami singgah tempat arcade game kat atas Bowling ini. Sempatlah enZaf main Daytona satu kali. Lepaskan gian katanya. Ai pun suka main Daytona masa zaman bujang. Layan juga main ni tapi ai main auto sajalah, nak drive manual tak pandai hahaha..



Pusing-pusing dalam OU sekejap sebelum balik. Anak-anak seronok dapat main Bowling. Sesuatu yang baru buat mereka, Ariq awal-awal keluar dari Wangsa Bowl dah cakap dengan Daddy dia nak main Bowling lagi. Esok paginya ai tanya anak-anak tak ada ke sakit tangan, semua jawab tak ada. Ai sorang je yang sakit tapi bukan di tangan, sakit pinggang. Tua dah hahaha... :)

No comments: