Friday, January 7, 2022

Khamis Petang


Pada hari Khamis, enZaf ajak keluar lepas solat Asar. Katanya dia nak shopping seluar. Kami ke The Curve sahaja, sebelum itu enZaf ajak minum petang dahulu. Dari satu kedai ke satu kedai makan, kami tak tahu nak makan apa hahaha.. Sementara enZaf belum decide nak makan di mana, sempatlah ai ambil gambar anak-anak dahulu. Bukan senang nak dapat keadaan lengang di kawasan ini. Laju-laju ai snap gambar sorang satu :)









Akak Zahra tidak balik ke asrama kali ini. Untuk penggal ke-3, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 hanya PdPR bagi sekolah berasrama penuh huhuhu.. bila ai dapat tahu berita ini, satu je perasaan masa tu keluar iaitu sedih. Serius ai tak suka sangat dengan PdPR ini. Anak-anak susah nak fokus. Tapi apa dapat dibuat pun, nak tak nak kena akur sahaja lah dengan keputusan KPMkan. Okay berbalik semula pada mana nak makan. Akhirnya kami menuju ke DipnDip :)



Lamanya tak makan di sini. enZaf order tiga jenis dan share semua orang. Tapi nak habis tu pun bercinta juga rasanya, makan cokelat ini bukannya boleh banyak-banyak. Cepat rasa muak. Dan sekarang ai lagi lah dah kurang makan manis, faktor umur lah kan. Dulu masa muda pantang nampak cokelat, makan banyak pun tak ada masalah :p







Gambar satu keluarga dulu sebelum makan.



Masa nak hidangkan Pancake, siap curah-curah cokelat lagi atasnya. Habis semua orang sugar rush nak nak si kecik tu hihihi..



Selesai makan kami ke Uniqlo. Kalau masuk situ, tak sah kalau tak ambil gambarkan. Asal ada cermin je habis semua ai panggil pose satu kali :p



Eh sebelum tu ada ambil gambar anak-anak sekali lagi kat walkway ni, kali ini waktu malam dengan lampu :)



No comments: