Tuesday, December 22, 2020

Mencari Hadiah Cikgu


Kami pergi lagi ke One Utama (OU). Dalam pukul 3 petang baru keluar dari rumah. Menunggu enZaf balik dari main golf. Pergi ke OU itu untuk mencari hadiah untuk cikgu-cikgu akak Zahra. Sebelum misi mencari hadiah dijalankan, kami isi perut dulu :). Kali ini cuba makan kat Baba Nyonya House. Lagi pun tengok tempat makannya tak ramai orang, terus on saja lah.



Tengok pada kuih muih dekat kaunter ni lebih kurang sama dengan Nyonya Colors. Ai nampak semua sedap, macam nak ambil semua je hihi..



Antara makanan yang dibeli ialah Nasi Lemak, Cucur Udang, Bubur Kacang Merah, Kuih Ketayap, Kuih Seri Muka dan Onde-onde. Aliah dan Ariq suka makan kuih-muih ini. Kecuali akak Zahra, dia memang susah sikit. Suruh cuba makan sikit pun tak nak.



Tapi karipap kat gambar di bawah ni dia makan :) Ai makan Mihun Siam. Kesemua makanan yang kami makan ini semua sedap. Cucur Udang tu sedap tapi berminyak sangat, kalaulah minyak tu dapat dikurangkan mungkin ai tambah lagi.



Qaireen makan Mihun Siam, banyak betul dia makan. Suka sangat la tu. Tengah makan tu haruslah ambil gambar dorang.



Kalau bab makan semua tak kisah nak bergambar. Ai lagi lah suka sebab ianya menyenangkan, masing-masing tak nampak muka keterpaksaan itu :p



Eh ada gambar ai dan Qaireen rupanya. Gambar bawah ni dari camera enZaf. Thank you Yang!



Lepas makan kami terus ke Kaison. Ai tak ambil gambar pula masa masuk dalam Kaison ni. Habis pusing dalam kedai ni tapi masih tak tahu nak beli apa. Akhirnya akak Zahra dapat juga beli, hadiah itu memang dia yang pilih. Mummy dan Daddy memang serahkan padanya buat keputusan, hadiah itu lebih elok dari pilihannya sendiri asalkan pembelian tu dalam bajet yang ditetapkan hehehe.. Ramai pula tu nak bagi sampai 15 orang guru. Terkejut juga Daddy dia haha.. Keluar dari Kaison, sempat melayan Qaireen nak naik kereta Hello Kitty. Dia nak naik tapi tak nak ada lagu dan bergerak. Ikut mood dia, ada masa dia okay je bila kita masukkan coins. Unpredictable :p



Sambil melayan Qaireen, wefie sekeluarga. Baru perasan senget face mask diriku pakai. Tak senonohnya la hai..



Lama juga Qaireen kat kereta tu, memang lepas melayan Qaireen main kami nak balik terus. Alih-alih masuk kedai JD Sports. enZaf nak tengok kasut sempat lagikan. Sementara menunggu enZaf belek kasut, apa lagi ai nak buat. Memang ambil gambar anak-anak je lah. Bukan main Qaireen dengan "good" dia.



Sekarang ni ai tengok boleh tahan ramai juga orang dalam shopping mall. Dalam JD Sports ini tak ramai orang sangat tapi masa dalam Kaison beratur panjang kat cashier. Memang tak boleh nak berjalan lama-lama dalam mall ni. Sebelum Maghrib kami dah balik. Cuti sekolah pun dah bermula, hari Jumaat ini pun cuti perayaan Krismas, itu yang merata-rata orang keluar berjalankan. Pada yang balik kampung, hati-hati memandu. Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Eh tajuk mencari hadiah cikgu tapi satu gambar hadiah untuk cikgu pun tak ada dalam entry ni hihi.. next entry la baru letak masa nak packing. Cikgu kelasnya pun dan hantar Whatsapp maklumkan tarikh untuk anak murid datang ambil sijil berhenti nanti.

No comments: