Friday, December 4, 2020

Projek Sains: Model Mesin Kompleks Tahun 6


Pada minggu lepas, akak Zahra buat projek subjek Sains berkenaan mesin kompleks. Bila tarikh terakhir nak kena submit baru dia terhegeh-hegeh nak buat. Padahal cikgunya dah beri masa seminggu untuk siapkan. Sabar saja lah dengan anak dara sorang ni. Sebelum nak buat model tu, cikgu Sainsnya minta murid-murid buat dan hantar satu lakaran model mesin kompleks yang ingin dibuat terlebih dahulu. Jadi gambar di bawah ini adalah lakaran model mesin kompleks yang akak Zahra buat. Dia nak buat kereta.



Geram betul tengok tulisan dia tu yang cincai-cincai. Asal boleh je dia. Banyak kali juga ai pesan kat dia tulis bagi kemas. Memang tulisan Mummy tak menurun ke dia hahaha.. Tak silap ai hari Khamis minggu lepas dia buat model ni. Hari yang nak kena submit projek ni la huhu..



Semua bahan dan barang dia sediakan sendiri, ai ada tolong sedikit masa buat lubang. Rasanya 10% kot sumbangan ai pada model dia tu :p



Ai datang sekejap semata nak ambil gambar je. Masa dia nak buat lubang kat penutup botol tak jumpa paku, guna skru pun boleh lah. Hentam sahaja pakai apa yang ada. Itu pun sebelum dia buat model ini, sempat turun kat bawah beli botol minuman sebab nak dapatkan penutup botol. Mujur ada vending machine kat lobi.



Hebat juga tengok anak dara ni buat. Boleh dah lepaskan dia buat sendiri. Tinggal Aliah dan Ariq sahaja kalau ada projek subjek Seni atau Sains yang kena buat ai perlu monitor.



Walaupun nampak macam mudah, makan masa juga nak siap. Dari siang sampai ke malam juga hihihi... Bila dah siap tu nampak la muka lega dia. Tapi kan sayang betul masa nak buat testing kat model kereta dia tu, sedih sebabnya tak boleh berfungsi. Kipas belakang kereta tu berpusing tapi roda dia tak bergerak pula. Macam-macam cara dah dia buka pasang semula baiki nak bagi jadi, tetap gagal. Ai pun ada juga tengokkan tapi itu la sama juga. Walaupun model kereta dia tak bergerak, dia tetap hantar juga projeknya dan maklumkan pada cikgu masalah model kereta dia tu. Harap-harap cikgu nampak effort dia kat situkan.

No comments: