Friday, September 9, 2016

Azhar & Nik Wedding Reception


Ahad lepas walimatul urus
Azhar & Nik kat TM Convention Centre.
First time ai ke dewan ni,
cantik tempatnya.
Besar dan bersih.

Pagi2 lagi abah whatsapp
gambar adik ai Nani.
Pagi tu dia register kat UMT.
Sedih tak dapat gi hantar dia.



Berbalik pada wedding cousin ai.
Zara sedang di"touch-up" oleh MakSu nya.
Mummy dia tak pandai mekap,
so serahkan pada yg mahir ;)



Ni partner Zara tuk flower girl.
Khadijah namanya, darjah 4.
Wakil pengantin perempuan.
Manis okay.. lesung pipit kiri kanan.



Harusla tak lupakan Aliah.
Walaupun dia bukan pasangan ngan akaknya.
Tetap belikan baju sama.
Kang nangis tak sama ngan akak.
Fening mummy nanti.



Amik gambar kat photobooth.
Rasanya lebih 5 kali kot,
dorang amik gambar.
Mak sedara rajin melayan.



Zara first time jadi flower girl.
Dia kata malu orang ramai hihihi
Alhamdulillah semua berjalan ngan lancar.
Dia pun okay je cool.



Cantik pelamin.



Time wedding tu,
anak2 ai semua hilang.
Hilang dikidnap oleh mak2 sedara dorang.
Nasib ramai leh tengok2 kan.
Senang keje Mummy haritu haha

Ariq lagi la,
tak cari Mummy pun.



Wefie ngan Zara.



dengan Aliah.
Suka Aliah dia dapat pakai lipstik.
Kemain request kat Mummy,
nak pakai mekap lagi bila keluar jalan2.



Memang tak la nak oi.
Mummy ko pun tak bermekap.
Tunggu la ko besar.
Nak mekap ke tak ke terserah la :p

Ni masa majlis dah habis.
Bergambar ngan pengantin perempuan.
Welcome to our family Nik.
Cantik orangnya.



Ramai cousin yg dah balik.
Tetap tak dapat bergambar semua huhuhu



Gambar family ngan pengantin kat
official photographer.
Terlupa nak amik pakai phone sama.

Antara gambar amik kat photobooth.
Tak termasuk gambar2 ngan cousin,
mak sedaraku semua.
Gambar anak2 pun byk giler.




Boomerang kena ada haha




Tahniah Azhar & Nik.
Moga kekal bahagia hingga ke Jannah.
Dorang honeymoon kat Istanbul,
harap2 ada la fridge magnet tuk kaklong ni :p

Minggu depan dah raya haji.
Seperti biasa raya kat sini je.
Takde pegi mana.
Kalau sesapa ada wat makan,
sila la jemput k hehehe

No comments: