Friday, July 15, 2016

Raya Ke-dua


Raya ke-2 kami tak beraya sgt.
Tahun ni sedara mara nak nak
adik beradik abah
semua beraya blah mertua masing2.
Tinggal abah ngan maklang je kat kl.
Tunggu minggu depan
baru semua ada dan boleh beraya bersama.
Siang free, malam baru gi beraya.

Jadi kitaorg plan gi tgk wayang.
Citer Ice Age yang baru tayang raya ke-2 ni.
Kami pegi kat One Utama,
ya ampun ramainya orang.
Orang melayu pun ramai gak kat shopping mall dah hihi

Gi GSC beli tiket wayang,
nasib ada lagi tempat kosong.
Sementara nak tunggu lagi sejam nak tgk wayang,
enZaf ajak gi beli toys anak2.

Kemain budak2 ni,
tak birthday pun beli toy.
Asal raya je beli toy
asal raya beli toys.
Yang kena kemas kat umah tu Mummy jugak huhuhu

Aliah awal2 lagi dah tau nak beli apa.
Dia nak Shopkins.
Masuk Hamleys.
Dia kata takde Fries yang dia nak tu.
Aduhai anak...
Suh dia amik je mana2 Shopkins tu,
dia taknak.
Nak yg ada fries gak.

Ariq pun nak cari car dia
takde dlm Hamleys tu.
Akak Zara masih blur tak tau nak apa.

Kita pun masukla Parksons plak.
Aliah laju je tuju kat Shopkins.
Ai pun gigih la carikan Fries yg dia nak.
Akhirnya dapat.
Lega sangat2.
Kalau takde satu masalah plak nak mencari.

Suka la dia dapat apa dia nak.
Tapi bila gambar tak senyum.
Ntah perangai apa plak dia kalini,
bergambar taknak senyum sgt
buat muka ketat :(



Ariq pun dapat kereta yg dia nak.
Dia mmg peminat tegar Hot Wheels.
Baru ni HW ada keluarkan superhero edition.
Superman Batman Ironman bagai.
Tu yang dia collect.
So tambahkan lagi koleksi dia tu la.
Sempat lagi amik Thomas satu :p



Yang Akak Zara ni,
ke depan ke belakang tak jumpa2 lagi
apa yang dia nak.
Bila tanya dia tak cakap.
Pastu dia kata takde yang dia nak.
Adik2 dia masing2 dah dapat apa nak,
dia jadi pressure brg dia takde lagi.
Sampai dia cakap takpayah beli la.

Puas gak la Daddy dia pujuk bgtau
apa yg dia nak.
Lama menunggu baru dia cakap
dia nak dinosaur.
Kat Parkson tu takde plak dinosaur,
jadi kami patah balik pegi Hamleys.

Situ ada byk dinosaur,
tapi ai tgk dia masih lagi pusing pusing
tak dapat apa dia nak.
Pujuk lagi apa dia cari.
Tetiba dia nangis.
Dia bgtau dinosaur dia nak tu takde.
Ai tanya yang mana satu.
Dia pun bgtau nama dinosaur tu.
Ohoi dia bole tau nama2 dinosaur tu okey,
Mummy tak tau satu ape pun melainkan nama T-rex.
Terpaksa la google yg mana.
Jadi tau la rupa bentuk yg dia nak tu kan.
Rupanya mmg takde kat Hamleys tu.

Kami ke ToysRUs plak.
Jauh jalan nak ke sana.
Ngan harapan ada la yg dia nak tu.
Sampai2 terus Zara nampak dinosaur dia.
Spinosaurus namanya okey.
Happy tapi taknak senyum gak haha
macam2 la korang nak oi.



Suka la masing2 dapat toys.
Dah dapat tak sabar nak balik rumah pfftt



Oh yer kami tgk wayang katun Ice Age,
serius tak best pun ceritanya.
Boring la plak kalini.
EnZaf dah tido bangun tido bangun 3 kali.
Ai pun hampir lelap.
Tapi paksa bukak mata,
kang 2-2 tido sapa nak tgk anak plakkan :p

Habis wayang,
Zaf cakap kita beli "toys" Mummy plak.
Skali dia masuk kedai Pandora.
Ni la toys Mummy katanya.
Kita apa lagi senyum lebar la hahaha

Ai pilih pendant kali ni.
Blooming Dahlia :)



Pic dari Pandora website.



Next time bila dah complete set tuk warna pink ni.
Ai nak tukar kaler plak.
Warna hijau ke biru ke.
Cakap gitu kat Zaf,
dia menjeling je hehehehe
Tq Yang!!

4 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

annapeje said...

amboi toys tuk mommy tue x menahan ahahaha cantik weh ..nasib aku kali neh dah hilang kemaruk Pandora ...nk beli yang jlo punya tue asik x sempat pakai jerk la apa yg ada huhuhu

Nurhayati said...

Aku kan selalu lambat dr org. Korang dah lama berpandora aku baru terhegeh.. Dah tu aku kena turut banker...dulu dia tak berkenan tp skang dia plak yg hover haha

Has78 said...

sweet nye charm dahlia ni. pandora has dah full. kena beli bangle baru