Tuesday, July 26, 2016

Full Saturday


Sabtu Ahad lepas penuh dgn jemputan.
Penat betul rasa badan ni.
Sampai skang pun rasa letih.
Bestnya kalau dapat urut.

Hari Sabtu ada 5 jemputan.
Ya ampun jalan jem sangat.
Mana2 penuh kereta.
Agaknya ramai orang wat open house
haritu kan.

First house kami
ke rumah kawan Zaf kat Gombak.
Sampai awal jugak,
blom byk kereta lg atas jalan.

Lama gak kat situ,
sbb kawan2 dia yg tak sampai lagi
suh tunggu dorang.

Sblm balik ai suh bergambar.
Saja ckp cover perut..
dan dan semua sorok perut haha



Makanan semua best,
ada mee rebus, soto,
kambing, pastu ada lemang periuk kera.
First time try,
rare and sedap :)


Dari Gombak kami ke Bangi.
Keluar2 gombak hujan turun dgn lebatnya.
Ya ampun nak keluar gombak tu pun dah jem.
Sampai Bangi la.
Penat betul duk dlm kereta.
Dekat 2 jam nak sampai Bangi huhuhu

Kat Bangi umah kawan Zaf jugak.
Tak bergambar ngan tuan rumah,
sibuk layan tetamu.
Tapi makanannya sedap2 belaka.
Nak nak satay ngan apam balik.

Nak keluar Bangi pun jem lagi,
layan wefie dlm kereta hihi



Ikutkan lepas Bangi tu,
ada open house kat Bandar Utama & Bukit Rahman Putra.
Tapi tak dapat pegi,
sbb dah sangkut atas jalan berjam-jam.
Kat Bandar Utama tu
open house teacher Aliah.
Sian dia sedih tak dpt pegi.

Dr Bangi terus ke Manjalara,
Zaf nak jumpa orang kejap.
Lepas tu kami terus ke Keramat.
Beraya umah Pak Ngah ai.

Kami wat boomerang lagi sblm balik.
Kalini Paksu plak takde.
huhuhu ada je yg tak cukup corum.


video


Pergh Sabtu tu penat betul.
Satu hari kat luar.
Pukul 11.30 pagi sampai kul 12 pagi.
Perut pun full ngan makanan.
Taknak timbang sbb confirm naik lagi haha

No comments: