Wednesday, February 25, 2015

Al Marzouq Chalet


Kami pergi ke Hutan Melintang untuk urusan sepupu ai yang nak bertunang. Kami bermalam di Al Marzouq Chalet yang diuruskan dari pihak keluarga perempuan. Sampai agak lewat juga dalam pukul 5 petang lebih.



Baru sahaja dalam beberapa minit kami di chalet ini Abah, Emak dan adik-adik pun sampai. Kami semua bertolak asing dari rumah hanya jumpa di sini sahaja. Kemudian keluarga Mak Lang dan keluarga Mak Teh pun turut sampai. Elok pula timing semua orang sampai serentak. Tapi tiada pula terserempak sepanjang perjalanan. Padahal banyak kali juga kami berhenti untuk makan dan minum hehehe..




Sempat snap sedikit sementara masing-masing menunggu kunci bilik.



Bilik kami untuk satu malam. Ada satu queen bed dan tambah tilam extra. Harga untuk satu tilam extra RM10.



Untuk makan malam kami disediakan di dalam kafe chalet ini juga. Semuanya diuruskan oleh pihak pengantin perempuan juga. Alhamdulillah keluarga pengantin perempuan sangat menjaga dan prihatin terhadap kami. Ruang kafe ini agak besar, sekiranya kita hendak membawa makanan sendiri dari luar untuk diletakkan dalam kafe ini dibenarkan. Hanya maklumkan sahaja pada pihak pengurusan. Selesai makan kita kena pastikan keadaan dalam kafe ini bersih dan tersusun seperti sedia kala :)



Anak-anak ni dah makan dan kenyang. Masa untuk main pula. Mujur lah ada "bibik" yang boleh jaga dan tengok-tengokkan. Azhar anak Mak Lang, dia memang suka dengan budak. Pandai melayan pula tu, elok sangat buat calon suami hehehe...



Banyak juga makanan yang disediakan untuk kami, tak terhabis semua tu. Memandangkan kafe tutup awal dalam pukul 9.30 malam, lebihan makanan terpaksa kami bawa keluar dan diletakkan diluar bilik Mak Lang. Nasib baik ada meja dan kerusi boleh la yang lelaki semua duduk lepak berborak di luar. Lagi pun ada 4 orang lagi cousins kami yang belum sampai. Bolehlah diberikan kepada mereka untuk makan bila dah sampai nanti.



Sementara menunggu yang lain kami yang perempuan ni menyiapkan sirih junjung dan beberapa hantaran yang perlu digubah sedikit seperti bakul buah dan sebagainya. Buatnya 2-3 orang sahaja, selebihnya hanya tengok sambil berborak termasukla ai hahahah...



Gambar kat bawah tu anak Azura, baby Ammar. Geram betul tengok dia, gebu dan padat. Pegang badan dia tu rasa tegap sangat. Hero ni memang kuat. Sepadat-padat baby Ammar tetap tak dapat kalahkan akak Zahra yang Michelin tu hihihi..



Keesokkan harinya sarapan kami pihak chalet uruskan. Kami semua makan nasi lemak. Sedap! Tak ambil gambar masa makan. Waktu ni baru selesai makan dan ai snap cuaca waktu pagi. Elok cuaca panas pagi waktu tu. Chalet ni ada satu bangunan sahaja dan ianya dua tingkat.



Untuk pertama kali duduk di Al Marzouq Chalet ini, Alhamdulillah ai puas hati. Biliknya bersih dan wangi. Nyamuk tu biasa la ada sedikit sebab duduk dalam kawasan kampung. Kalau nak rimas pun anak-anak je la. Anak bandar mana nak jumpa sangat. Itu yang ai dah standby bawa ubat nyamuk elektrik awal-awal lagi. Dah tahu mana tempat kita nak tuju dan tahu juga perangai anak-anak kita macamana. Senang plug in sahaja lah dalam bilik tu. Selesai masalah :) Gambar kat bawah ini harga untuk bilik di Al Marzouq Chalet. Untuk maklumat yang lebih details boleh tengok dalam Facebook. Search sahaja nama chalet. [link]



Lepas sarapan semua bersiap-siap untuk ke rumah bakal tunang cousin ai Azfar. Semoga urusan dipermudahkan untuk dia dan kami selaku rombongan wakil lelaki :)

No comments: