Tuesday, August 5, 2014

Shopping kat Ikea


Dua hari sebelum Hari Raya, kami sempat pergi shopping di Ikea. Kali ini pergi ke sana ada misi hihihi.. selalunya kalau ke Ikea tak pernah ada sebab, saja je masuk. Tahu tahu terbeli barang :p Tapi yang ini memang ke sana untuk membeli rak tv yang baru. Menggantikan rak tv yang dah rosak dan hampir nak roboh. Rak tv di rumah tu sudah berusia 8 tahun. Pindah dari satu rumah ke rumah yang duduk sekarang itu yang nak roboh hihi.. alasan sangat nak tukar rak tv baru kan :p



Sempat ambil gambar sementara tunggu enZaf angkat barang :p Gigih kami beli juga waktu puasa ini semata nak nampak cantik pada Hari Raya. Kalau tengok pada kotak tu, nampak ringan dan senang diangkat tetapi tidak yang disangka. Berat ya amat kotak tu, kesian enZaf angkat sorang-sorang. Ai memang mampu tengok je :p Nasib baik dia tak pitam hihihi..



Sementara beratur di kaunter, ai ternampak Fazura selang dua lane dari kami. Cantiknya dia, tak bermekap pun. Seorang yang natural beauty. Girl crush terus hehe..



Ini lah rak tv kami yang baru. Tukar tema pula dengan warna putih. Sebelah rak tv ini kami beli satu lagi rak kabinet yang tinggi itu untuk memenuhi ruang kawasan tv. Bagi nampak penuh, kalau letak hanya rak tv semata nampak ruang tu kosong. Lagi pun rak tv ini sedikit pendek nak dibandingkan dengan rak tv lama. Mujur elok muat-muat sampai penuh satu dinding.



Bila dah susun kabinet ini, tibalah masa untuk ai memikirkan untuk nak meletakkan deko atau apa sahaja kat situ. Ai siap Google apa deko yang sesuai, yang pasti ada satu benda penting yang kena ada. Iaitu duit hehehe.. ada duit apa pun boleh beli untuk mencantikkan area tu kan. Slowly lah kita penuhkan kabinet itu. Sekarang ini kita berangan je dulu :p Eh awal-awal lagi enZaf dah letak lego kapal besar dia kat atas tu.

10 comments:

annapeje said...

ko letak jew koleksi lego ko situ abes citer ahaha

DaZzlingLilLy said...

biar kosong dulu takpe yati..pasni slowly tambah deco kt situ

Zaila Mohamad said...

aku nak cadangkan pasu2 hiasan pon tak berapa sesuai

mana taknya, anak2 kecil masih ada..susah!

4 Kay-E said...

Putih nampak bersih & kemas :)
Kiut je 3 beradik dok atas troli.

Nurhayati said...

anna: ko tak nampak aku dah letak kapal lego zaf kat atas kabinet tu. laju je dia letak atas tu tau haha

Nurhayati said...

lilly: bab deco ni serahkan pada zaf. kang takut i pilih dia tak berkenan.

Nurhayati said...

zaila: pasu tu takde masalah beb. dorang skang dah ok. tinggal nak tunggu duit jatuh dari langit je hahahaha

Nurhayati said...

4kay-e: sblom ni kaler hitam. bosan dah.. kami tukar tema plak. bebudak tu nampak troli je cepat2 naik. nasib daddy dorang tolak, kalau mummynya jgn harap dpt dok situ.

attyfir said...

kosong pun nampak cantik je

Fiza Rahman said...

Cantik lah. Simple. Kalau dapat kat qhalif ni mai dipanjatnya.

Pandai si ariq posing yerp ☺