Pada 22hb Ogos 2014 adalah Hari Berkabung Negara.
Semua sudah maklum,
tujuan hari berkabung ni diadakan
sempena tragedi penerbangan MH17 di Ukraine
dan ketibaan jenazah mangsa tragedi tersebut.
Seluruh rakyat Malaysia diminta menyertai detik bertafakur selama satu minit yang ditetapkan bermula jam 10.30pagi.
Salam takziah diucapkan kepada
seluruh keluarga & kenalan
penumpang dan anak kapal pesawat MH17.
Moga roh dicucuri rahmat :(
Al-Fatihah
Semua sudah maklum,
tujuan hari berkabung ni diadakan
sempena tragedi penerbangan MH17 di Ukraine
dan ketibaan jenazah mangsa tragedi tersebut.
Seluruh rakyat Malaysia diminta menyertai detik bertafakur selama satu minit yang ditetapkan bermula jam 10.30pagi.
Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17
1. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan
2. Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut
3. Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang
4. Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam
5. Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan
Salam takziah diucapkan kepada
seluruh keluarga & kenalan
penumpang dan anak kapal pesawat MH17.
Moga roh dicucuri rahmat :(
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment