Monday, April 22, 2013

Kampung Mini Olympic 2013


Sabtu lepas skool Zara
ada wat Kampung Mini Olympic 2013
kat Taman Metropolitan Kepong.
2 cawangan terlibat
Kota Damansara dan Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Start kul 8pg sampai 12 tghari.
Sampai lewat 15 minit,
nasib blom start lagi.
Gi register dulu pastu start senamrobik.

Habis senamrobik,
mula la acara sukan.
Konsep GA buat ni,
setiap student diberi kupon,
yg mana kupon tu perlu dicop
setiap game yg dimain.
Ada 12 game kena join,
sapa yg habis 90 orang terawal
akan dapat hadiah.

Nama pun Kampung Mini Olympic.
Semua acaranya adalah permainan kampung.
Tetiba ai mengimbas balik kenangan
zaman kanak2.
Yerla mana ada ipad bagaikan.

Ni acara ape ntah namanya,
roda tu dibuat dari getah.
Nampak cam senang,
tapi susah nak control.



Pastu ada tolak rim ni,
kalau kat kg pakai tayar kot kan.



Main boling pakai buah kelapa.



Tarik upih.
Yang ni best,
ada suami tarik isteri lagi..
sweet je heheh

Sebenarnya game kat sini,
semua org leh join,
bukan student je.
Adik ai pun ada gak main :)



Ni Daddy ajar Zara
camne nak pakai lastik.



Zara belajar main congkak.
Sblom tu dia main batu seremban.
Tak reti dia nak tangkap n amik batu.



Ada lagi macam2 game,
cam TengTeng.
Ha yang ni terror dia.

Pastu ada tembak guna pistol kayu,
baling selipar.
Main tutup botol.

Last skali acara kemuncak,
tarik tali antara 2 GA.
First round KD menang,
Second round Cheras,
Final, KD kalah huhuhu.

Comel je budak2 ni tarik.
Yg pasti mak pak semua hover
jerit2 bagi semangat kat anak2 hahaha



Ape pun Zara sronok,
ai n Zaf pun enjoy.
Alhamdulillah Ariq sgt well behave.
Tak meragam pun dia,
walaupun cuaca panas.
Aliah pun okay walaupun ada sket
mengadaness dia datang.
Nak belon nak bubble gun huhuhu

Bagus jugak la game kampung camni.
dapat expose kat anak2 kita
nak nak zaman skang ni kan.
Nak kita yg main ngan dorang
takdenya la..
anak2 skang semua main dlm umah je.
Nak keluar takot kena kidnap.

5 comments:

annapeje said...

aku yg baca neh pon teruja ahaha rasa mcm nk sorak skali ahahha best la sukan dia hehe ko main apa yati ahaha

Nurhayati said...

anna: aku main yg takde dlm gambar ni. cm
tengteng, baling selipar, batu seremban hihi

4 Kay-E said...

Wahhh... gembiranya sume main....
good effort introducing kampung games to our kids nowadays yg asyik main komputer/games je. heheee.

Fiza Rahman said...

Meriahnya. Pandai zara main congkak.

zailamohamad said...

anak aku tak pergi hari sukan sekolah sebab kalau tak silap masa tu papa diorang outstation ke Dubai rasanya..konpemlah mama takleh bawa sebab susah nak handle sorang2 budak2 ni..huhu