Friday, July 20, 2012

Ariq: 30 Hari

Alhamdulillah sudah 30 hari
ai berpantang.
Bagi orang lain rasa kejap je.
Ada yg cakap eh dah 30 hari,
cepat betul.
Padahal ai sendiri rasa,
lambatnya nak habis pantang ni hehehe
Ada 14 hari lagi.
Tarik nafas hembusssss... :p

Ariq sudah 30 hari.
Yeyyyy!!!



Rutin harian Ariq
adalah minum tido berak hihi
Itu la baby kan.

Ariq skang bangun pagi pukul 7.
Bila dah bangun tu,
dia berjaga sampai la tghari.
Nasib dia leh letak je
kat babycot.



Jadinya sempat la,
ai mandi n mandikan akak2 dia.
Breakfast, masak nasi bagai.

Tghari dia akan tido sekejap
dlm 1-2 jam.
Pastu jaga lagi sampai la Maghrib.

Bila dia byk berjaga siang.
Malam dia senang tido.
Ai pun senang hati,
leh rilek2 sket.

Tgk tu habis semua
terkangkang terbukak tangan kaki.
Nak bedung skang dah taknak.



Ada Ariq ni beza betul
ngan akak2 dia.
Baby boy mmg kuat minumkan.
Penat menetekkan dia.
Sampai sakit pinggang dan blakang.

Disebabkan Ariq kuat minum.
Makanya ai pun kuat makan.
Kalau buh nasi tu
penuh pinggan..
Zaf tgk pun terkejut.
Mengalahkan dia hihi

Berat ai plak.
Dari lepas bersalin
sampai la skang.
45kg tang tu jugak.
Tak turun2 dah huhuh

9 comments:

CikPuanHaLia said...

perghhh...ok sgt dah berta tu T. Aku ni nk dapat berat bawah 50 dah x blh dah kut...huhuhuhu *give up*

Btw..mmg orang lain rasa kejap jer dah sebulan.. kita yg merasa ni yg tau betapa lamanya nak sampai 30 hari tu.. :)

fiza said...

Kejap jer kan, dah 30 hari.

Neeza.Areef said...

bg kita yg x pantang mmg rasa kejap nya dah dpt 30hari cuba kita yg dlm pantang..menangis nk completekan 44hr tu kan..
mmg bb boy sgt kuat nyusu cpt lah slim blk yati
x yah pk lah berat tu..mkn cukup zat cukup nyusu cukup pndai la dia rolling utk baby tu

LoVEaQshA said...

Yeayea Ariq da besarla,cutenya bby boy nie.
Smla kak,zura pun lps menyusukn adelia msti mkan pape lau x mulala cam nak pitam..
Mkan nasi toksah cite penuh pinggan pun kekdang leh tmbah lagi..
Smpaikan suami leh tnya nie perut zura skrg,cam ada bby lg..cisss ayt mmg xjga ati lgsung

Eliss Mie said...

alahai,sekejap jugak rasa dah 30 hari yer .kalau sakit pinggang menyusu tu, menyusu sambil baring la.

atty's said...

baby boy mmg kuat menyusu..x pe ti,slow2,nanti mesti selim balik

mrs shaifull said...

ha??? 45??? nk turun sampai berapa yati, bersyukurlah, kalau ct yg naik penimbang tu, haduhhh :(

MamaIcha said...

ariq makin comel...mummy plak feewiit :)

mamapp said...

alolo cutenye ariq.. sekejap aje dh sebulan yek.. ee tinginnya..