Friday, July 19, 2024

Tukar MyKid ke Mykad

Punyalah lama bertangguh nak tukarkan MyKid Ariq ke MyKad. Bukan sengaja lambat tapi menunggu masa Ariq yang sentiasa sibuk. Ceh! macam orang kerja pula nak sibukkan. Sekarang ini musim sekolah sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya sukan, unit beruniform dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan Ariq sentiasa ada latihan tambahan disekolahnya, itu yang asyik bertangguh. Semalam, Daddynya tiba-tiba cakap "Jom ke JPN". Teruslah ai suruh Ariq bersiap dan bergegas kami ke sana.



Giliran menunggu dalam empat belas orang lagi. Mujur ke empat-empat kaunter buka, maka lajulah nombor itu bergerak. Dan haruslah ai ambil gambar Ariq sementara menunggu itu hihihi.. Tiba-tiba teringat masa buat MyKad dengan Aliah [link]. Rasa macam baru saja lagi, tup tup giliran Ariq pula.







Masa enZaf ambil gambar wefie, tiada gambar Qaireen. Merajuklah anak bongsu itu dengan Daddynya. Terus enZaf ajak wefie bersama. Bukan main lebar senyuman dia dan ai pun menyelit di antara mereka berdua 😂







Alhamdulillah, segala urusan selesai dengan begitu cepat. Tunggu selepas lima hari bekerja untuk ambil MyKad Ariq pula. Selesai sudah semuanya kami terus ke Restoran Nasi Ahmad untuk makan tengahari. Sudah kenyang perut, kami ke One Utama pula. Ai nak beli hadiah kahwin untuk anak jiran. Dah beli terus ke Customer Service Parkson untuk balut hadiah 🎁. Sempat ambil gambar anak sementara menunggu siap ☺️



Malam enZaf beli Durian IOI di Rizky Durian. Dia mencari Durian Tekka tapi tak ada. Dia beli durian yang dalam bekas saja, senang tak perlu nak angkut berat-berat bawa balik dan nak mengopek bagai.



Monday, July 8, 2024

Happy Birthday Ariq

Lambat kami sambut birthday Ariq gara-gara menunggu akak Zahra ada. Mujurlah Ariq okay saja sebab bulan birthdaynya dah lepas 🤭. Jauh sikit tempat kami pergi kali ini, ke Setia City Mall. Last pergi tahun lepas kot, hanya ai, Aliah dan Qaireen saja sebab enZaf dan Ariq pergi main bola. Itu pun lepak minum petang saja, tak ada jalan apa pun. Sampai ke Setia City Mall ini, kami jalan pusing-pusing dan singgah kedai barang birthday beli candle untuk Ariq dan akak Zahra nak beli sedikit barang juga untuk persiapan perbarisan sukannya.

Selesai saja beli barang semua, ai tanya Ariq nak makan apa untuk sambut birthdaynya. Dia kata dia tak nak makan kek, nak makan aiskrim. Masa kami jalan-jalan dalam mall dia dah nampak kedai Rollney 🍦 dan minta makan di situ. Terus Daddy dia cakap okay.



Sebelum makan, wajiblah ai ambil gambar anak-anak. Dorang ni semua dah masak sangat perangai Mummy mereka, tak sah kalau tak ambil gambar hahaha..





Memandangkan dia pilih kek, maka lilin yang beli tadi cucuk atas aiskrim. Elok juga kan, lain dari yang lain.



Ada orang tu tengok abang dia ada lilin, dia pun nak juga. Lilin yang ai beli semuanya superhero. Spiderman pun boleh 🤣







Happy Belated Anakku Ariq Firman!!! Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat. Seronok semua dapat makan aiskrim masing-masing. Sekarang ini mereka dah kurang rasa nak makan kek bila birthday, kalau ada kek tu pun beli yang kecil saja. Asalkan anak-anak gembira kita pun sama gembira jugakan. Yang penting raikan mengikut kemampuan masing-masing. Bahagia cara kita gitu 🥰 Sebelum balik kami makan malam terus, seperti biasa enZaf tanya Ariq memandangkan dia birthday boy. Ariq pilih makan di Restoran Johnny's.



Monday, July 1, 2024

First League 2024

Tahun 2024 ini, enZaf tukarkan Ariq dengan kelab bola lain. Tukar tu sebenarnya kelab bola ini lebih dekat dengan rumah. Mujurlah Ariq okay saja nak tukar, kami risau saja dia tak nak sebab dah seronok dengan kelab sebelum ini. Almaklumlah, bila bertukar angin ini pastilah kena cari kawan baru pula kan. Ai pun sedih juga sebab dah tak jumpa mommies bola. Kami pun dah rapat sangat. Jadinya terpaksalah Mummy cari kawan baru juga 😅 Eh! melencong ke lain pula cerita yang sepatutnya hehe.. Kami tak sangka pula Ariq terpilih untuk menyertai LaLiga Youth League untuk kelabnya.



Tak banyak gambar dan video yang diambil. Mana yang ada sajalah letak dalam blog ini sebagai kenangan.









Gambar di atas ini dari phone ai dan gambar di bawah dari Whatsapp Group.



Masam muka anak bujang ini bila Daddynya ambil gambar. Muka kepenatan dengan cuaca panas lagi.



Alhamdulillah, permulaan liga dengan langkah kanan. Teamnya menang tiga mata dalam perlawanan pertama. Ada banyak lagi perlawanan seterusnya, tak silap ai ada sembilan kali mereka perlu main. Senarai kelab bola yang sertai LaLiga ini pun hebat-hebat juga. Adat bertanding mestilah ada kalah dan menang. Yang penting Ariq dapat menimba pengalaman dalam liga ini. Masih banyak yang dia perlu belajar terutamanya dalam keserasian bersama pemain. Ariq kira freshie lagi dalam kelab ini, harap-harap dapat lah dia adapt dengan suasana dan kawan barunya 😇 Maka dengan ini, bermulalah episod Mummy dan Daddy berada di padang setiap hujung minggu hehehe..

Oh ya! lepas keluar dari padang bola, kami singgah satu restoran untuk minum petang. Pekena Pasembur memandangkan nama kedainya ada tulis pasembur juga. Firasat kami mungkin itu makanan signaturenya kan, pastilah sedap. Kesimpulan untuk tekak ai, rasanya biasa saja.



Tuesday, June 18, 2024

Hari Raya Haji 2024

Sambutan Hari Raya Haji kami pada tahun ini bersederhana sahaja, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang berbeza hanyalah saiz badan yang makin lama makin membesar itu hahaha.. Sebelum balik raya ke rumah mak, wajiblah bergambarkan. Pakaian kami pakai yang sedia ada kecuali Ariq dan Qaireen. Oh ya, ada satu yang tetap sama tak berubah iaitu sofa dan frames gambar. Nanti nak cuba try test pujuk enZaf, kot la tahun depan dapat sofa raya 🤭





Ai masak Nasi Tomato kali ini. Kebetulan ada nasi Basmathi, lajulah masak pagi tu. Ingatkan nak buat Nasi Lemak tapi tak jadi, tukar selera sikit.



Tahun ini kami tak rushing sangat nak balik, lepas Solat Zohor baru keluar ke rumah mak. Seperti biasa mak masak Lodeh.



Minta Qaireen posing nak bergambar, gitu je dia buat.



Dari rumah mak, bergerak pula ke rumah mak enZaf. Makan malam di sana pula. Rumah sana langsung tak ambil gambar hahaha... raya kami macam ini la, sempoi saja. Sebabnya selalu balik, dua-dua rumah dekat. Bila balik tu macam kita balik hari minggu. Tak raya pun memang masing-masing berjumpa 😄

Thursday, June 13, 2024

Hoki MSSD Hulu Selangor 2024

Tahun ini ai dapat tengok akak Zahra main hoki untuk pertandingan MSSD (Majlis Sukan Sekolah Daerah). Itu pun bukanlah tengok dia dari pagi, agak lewat petang juga ai sampai. Sebabnya MSSD ini diadakan pada hari biasa jadi perlu menunggu anak-anak yang lain balik dari sekolah. Lagi satu, kali ini pertandingan diadakan di padang hoki UIA, dekat lah juga nak ke sana kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Tahun lepas di adakan di Kuala Selangor [link], jauh jaraknya memang tak dapat nak pergi tengok.

Sampai-sampai je, dia baru lepas habis main. Dari jauh ai nampak dia berlari datang dengan gembira beritahu dia banyak jaringkan gol hahaha... Dan selepas ini dia ada lagi satu game untuk peringkat akhir 👍



Ya Allah, hitam legam anakku. Dorang ni kalau ada tournament memang berkilat lah muka tu. Kalau dah habis tournament pun, setiap petang turun training. Memang tak sempat nak cerah kulit tu ahahaha..











Ambil gambar akak Zahra dengan kaptennya, Kakak Afiqah. Ini penampilan terakhir buat kaptennya sebab lepas ini kena fokus pada SPM pula.



Elok saja ambil gambar dorang berdua, berduyun-duyun yang lain pun nak bergambar juga hehehe.. Lagi pun masa ini tengah menunggu penganjur sedang mengatur majlis penutup.







Tahniah akak Zahra dan kawan-kawannya!! Berjaya mengekalkan gelaran Johan bagi MSSD Hulu Selangor tahun ini. Lebih menggembirakan pasukan lelaki pun turut sama Johan juga. Pergh bukan senang ya nak jadi juara bertahan. Hebat!! 💪🏑👏👏🥳





Gambar di bawah ini dari enZaf dan Whatsapp Group Hoki, masukkan sikit je. Banyak sangat pula nak letak semua hahaha..