Thursday, July 23, 2015

Pagi Raya


Gambar dari phone camera plak.
Seperti raya sblom2 ni,
beraya dulu kat umah sendiri.

Budak ni susah giler kejutkan dia bangun.
Nangis2 taknak mandi huhuhu
Zaf uruskan dia.
Mummy malas nak stress hehehe



Tudung Zara tu last minit beli
kat PKNS sehari sblom raya.
Nasib baik ada warna matching2.



dah habis bergambar,
sesi salam bermaaf-maafan.
Anak2 ni takde salah nak mintak maaf ape pun,
tp bagi pendedahankan.
Salam wish selamat hari raya
pastu mintak angpow..
Angpow tu masuk dalam poket Mummy :p



Aliah tak leh nak cakap,
diam seribu bahasa tetiba haha



Ariq hanya menurut perintah je.
Suh salam dia pun salam je la.
Dia tengah kusyuk makan kuih raya lagi pun.



Mummy plak takde gambar bersalam.
Banyak dosa tak yah la. ;)

Habis beraya kat umah,
terus balik Sg.Buloh.
Jauh betul kg yer dak.



Bergambar satu kali lagi,
sblm serabai berlengas bagai.
Dan sblom sedara mara datang jua.
Bila dah datang mmg takde masa la
nak pegang phone.

Wednesday, July 22, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015


Harini dah start Zara Aliah sekolah.
Maka blog pun buka entry gak la.
Nak bukak blog pun rasa bercinta,
punya la malas.
Puasa hari tu dapat la turun 1kg.
Seminggu ni makan je kejenya.
Rasanya mau 2-3kg naik hahaha.

Ni gambar2 pagi raya sblom balik
umah mak ngan mak mertua.
Nasib ada yg elok dalam berpuluh2 gambar yg amik.



Zara puasa penuh tahun ni.
Pergh hebat betul anak dara.
Moga Ramadhan akan datang,
berterusan la penuh tu yer nak.



Muka Mummy ngantok sangat.
Ape ntah lagi Daddy dia.
Bengkak2 mata weols haha





Masih belum terlambat lagi
nak wish raya kan. :)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
buat semua kawan2 yg sudi baca blog ni.
Kalau ada terkasar kata or terasa hati
maaf ampun dipinta yer.
Kat blog ni pun cerita hal2 kami je,
takde nak kaitkan ngan sesapa.
Kalau ada tu pun secara tak sengaja.
Kosong-kosong :)

Wednesday, July 15, 2015

Potong Rambut


Start minggu ni citer
pasal nak raya je la.
Sampai la sebulan raya hihihi

Nak raya ni,
Daddy pun sibuk la nak gunting rambut.
Dia suka potong kat Kwik Cut je.
Sebabnya cepat.



Sblom2 ni ai suggest dia wat kat
proper saloon cam Snips kat The Curve.
Ada la dia buat.
Tapi 3-4 kali je dia pegi.
Pastu taknak dah
sbbnya lambat nak siap baginya.
Penat dan buang masa.
Baiklah Yang.

Sementara tunggu Daddy dia potong rambut,
budak 2 orang ni sibuk main kat area kids.



Alang2 tgk Aliah main,
ai suh je Amoi situ,
trim rambut Aliah.



Suspen je tgk muka dia.
Muka nak nangis tp nasib baik tak,
perghh lega Mummy hahaha
First time potong kat kedai.
Sblom ni ai gunting sendiri je kat umah haha
tak senonoh Mummynya kan.

Suh Zara and Ariq potong plak,
tapi dorang berdua takut,
sungguh2 taknak huhuhu

Ingatkan nak buka puasa kat Absolute Thai.
Tapi full house plak.
Terus gi Curve,
berbuka kat aah Tuan ee's



Aliah tu muka marah
sbb Daddy tak layan dia
mintak beli jam hihi



Kat centre court ni
ada jual barang raya.
Nampak gerai kuih2 raya,
Zaf belikan dia biskut rainbow terus okay :p

Ada gak tudung cantik2 dan berkenan
tapi tengok harga RM100 lebih tak jadi la beli.
Ada sampai RM200-300 tuk selai tudung,
giler betul tengok harganya.

Tetiba terus teringat kat Facebook.
Sape ntah shared gambar
pasal harga jubah yg mahal2.
Salah sorang komen post kat situ,
harga mahal2 ni kalis api neraka ke tak hahaha
Sangat deep :)

Tuesday, July 14, 2015

Kasut Raya Anak-anak


Ada yang dah cuti raya ke or balik kg.
Kalau yg harini ada balik kampung,
hati2 memandu yer.
Moga selamat sampai ke destinasi.
Harini last day Zara ALiah sekolah.
Pastu cuti seminggu yeyy

Ahad lepas ke One Utama,
masyaAllah ramainya manusia.
Masing2 shopping nak raya gitu.

Tujuan utama ke sana,
nak beli kasut anak2.
Punya la ramai kat kedai Treehouse.

Lama gak la mencari kasut dorang ni,
sbb ada yg xde size,
ada plak yg dorang ni xberkenan.
Ariq je paling senang.
Dia bukan tau ape pun kan hihihi



Ni la hasilnya.
Ariq beli sandal je.



Anak2 dara ni bukan main,
nak heels bagai dah skang.
Pastu semua pilih sendiri.
Mana Mummy minat semua kena pangkah :(

Aliah yg warna putih.
Mula2 pilih pink,
tp takde size.
Hanya ada warna putih.
Nasib baik dia okay.

Zara plak semua kasut dia nak takde size.
huhu sian dia.
Yang dia nak tu kan
semua jenis heels yg lg tinggi okay.
Gasak la warna tak matching ngan baju raya haha
Daddy dia nak semua beli
kat kedai tu je.
Malas nak cari kat tempat lain dah.
Jadi pilih la mana yg ada size dia je.

Rupanya tuk ai pun ada gak.
TQ Yang!!



Ingatkan puasa setahun.
Sbb dia yg cakap camtu.
Yang penting bukan ai mintak.
Zaf sendiri yg offer nak belikan hihihi
Tambah Murano lagi satu pastu satu charm.
Amik yg 40% sale :)

Monday, July 13, 2015

Shawl Raya Mummy Plak


Yeyyy dapat satu shawl dari Has.
Cantik sangat okey.
Siap bagi kad raya lagi.
Satu2nya kad raya yg dapat :)



Tq Has sbb sanggup terima order
last minutes dari ai.
Pastu mcm2 plak mintak itu ini kan.
Banyak songeh ini customer hehe

Best tau order shawl ngan Has ni.
Sbb kita leh request nak panjang pendek lebar
nak shawl biasa, curved shawl, butterfly,
glitter, satin, chiffon, warna apa.
Nak lace nak batu.
Ha order je.
Yang pasti harga berpatutan ngan apa kita nak.
Sila pegi IG shawlbyme78.

Matching2 ngan baju.
Sangat cantik.



Yang ni baru beli kat Curve je.
Warna matching ngan light purple kat lace tu.
Dalam gambar nampak mcm shawl
warna pink plak hihi



Mana satu yg nak pakai tuk pagi raya
tak decide lagi.

Oh yer Zara mintak nak pakai tudung
raya nanti.
Kalau mummy jumpa yg berkenan
kita beli yer nak ;)