Tuesday, July 5, 2011

Sekadar Luahan Hati



Sekadar luahan hati.

Diriku kecik hati minggu lepas. Ada la orang tu tegur cara en suamiku kerja. Katanya suamiku keje skang main arah je thru the phone dan tak de masuk opis. Huhuhu

Orang yg tegur tu taktau camna dia keje tapi leh complaint camtu. Walaupun en suamiku senyum dan diam tak balas ape dia kata, tapi diriku tahu dia terasa. Yer la kan, nak balas pun tak guna. Bukan dia ada kat tempat suamiku pun. Tapi diriku sebagai isteri terasa hati la jugak.. maka diriku pun luahkan rasa hati ni je kat blog.

Dia taktau yang suamiku keje mencari duit tuk company. Kehulu hilir cari project. Time ekonomi skang ni, bukan senang nak dapat project. Nak2 plak, big2 project lagi la payah. Buat keje ni plak ada forecast nak kena target, pening kalau tak achieve.

Kalau dapat projek, benefit gak tuk staff. Dorang ada keje nak buat, bole dapat extra income lagi dgn claim bagai. Takde la melangut kat opis takde keje kan. Hasil dari projek tu jugak la tuk bayar gaji and claim staff.. duit tu jugak nak bayar utilities, hutang supplier dan modal tuk projek akan datang. Dia tak tau tiap kali nak ujung bulan, suamiku risau duit tak cukup dlm bank. Kang lambat bayar gaji staff, tak ke naya. Dia pun nak gaji gak. Lain la company besar byk duit, tak cari project pun ada duit tuk cover overhead.

Kalau dapat project pun bukan leh suka ria. Kena follow up ngan project manager. Kalau barang nak supply lambat tak sampai2, dia juga kena explain dan kena maki ngan customer. Tak dapat nak commit ngan dateline. Mati huhu. Dah siap project, nak kena chase payment lak. Haish macam2.

Kalau diriku call dia, mesti dia ada kat situ sini.. kang call satu jam balik dah kat tempat lain plak. Sian dia terkejar2 sana sini jumpa orang. Tau la bila kita nak project kan. Kena hadap orang itu ini, dah rasa cam mintak sedekah plak. Mana ada dok diam2 tunggu project jatuh depan mata. Nak melayan customer pun satu hal. Kena byk songeh, haru dibuatnya.

Dia jugak taktau suamiku keje tak tentu masa. Kalau la satu hari ni ada 100 jam.. 100 jam tu jugak la dia keje tak benti2. Dia kena entertain customer.. ataupun ada meeting ngan supplier. Diriku tahu en suami hari2 dia akan cuba sedaya upaya luangkan masa tuk dinner bersama. Unless ada hal tak dapat dielakkan. Dan bila dah dinner dia akan sambung balik keje.. dan balik ntah pukul brape. Nak plak kalau ada tender, sebut harga atau ape2 aje yg berkaitan ngan paper work, lagi la sampai nak dekat subuh baru balik. Kalau tak siap2 lagi, tghari esok la dia baru balik.

En suamiku hari2 balik umah lewat. balik pun anak2 dah tido. Kita ni isteri dia sentiasa risau dia tak balik lagi. Kekadang tgk dia kesian sangat. Balik umah muka badan letih. Stress tu jgn kata la. Kalau bolekan, diriku nak sangat suamiku keje macam orang yang keje ikut opis hour. Masuk 8.30 balik 5.30. Makan gaji je. Cukup ujung bulan duit masuk dalam account. Tak payah pening2 pikir cari duit. Tapi nak wat camne kan. Dah itu keje dia. :-)

Tu blom masuk lagi bab orang dengki bagai. Huh kalau nak luah tu byk lagi nak tulis, tapi takpe la ini pun dah cukup. Ape pun sebelum kita nak nilai seseorang tu, kena la tau pucuk pangkal. Jangan nak main hentam sedap kata je. Tiap orang kan ada JD masing2. Wat la keje kita sebaik dan seikhlas mungkin. Jangan dengki bole :p Kalau tak puas hati sangat, isteri ini sangat bersuka hati kiranya orang tu gantikan tempat en suamiku.

Nak buat bisnes sendiri bukan senang. Pastu bukan dan dan tu jugak bukak terus duit masyukkan. Byk cabaran dan rintangan. Yg penting kita sentiasa berusaha dan berdoa tanpa henti moga dipermudahkan segala urusan.



Monday, July 4, 2011

Wish List: Handbag Storage

Diriku memerlukan sotrage yg elok dan kemas
untuk letak bag2 yg ada.

Jadi ai pun menggugel la kot ada yg berkenan dihati.
Camne gaya orang diluar sana simpan bag2 mereka.

Gambar yg pertama.
Sungguh tak best.. dah macam nak tayang bag plak.
Pastu kalau wat camni makan space lagi.
Bagku ini takde la 10k satu sampai nak letak satu2 camni kan. :p



Gambar ke-dua.
Buruk plak kan gantung kat pintu.
Cam serabut.
Cukupla ai gantung tudung je kat pintu.
Tu pun nampak rimas sudah hihi



Gambar ke-3.
Hmm tak cantik dan tak menarik.



Gambar ke-4.
Ha yang ni ai suka.
Sliding gitukan.
Tak makan space sangat.
Tarik je wat kuar. Pastu tertutup.
Nampak kemas kan..
Hmm leh add-on kat wardrobe yang ada.



Bawah ni le rupa bag2 yg ku simpan.
sangat la terabur..
main letak je. huhuhu
Tak cantik plak tu kan..
Okay nanti leh wat proposal kat En Zaf.



Oh ya.. ai ada jual kasut2 yang dah tak pakai.
Kot sape berminat sila la terjah
sales blog ai yer.

Friday, July 1, 2011

Keranamu Laila


Setiap insan wajar dihargai dan dikasihi.
Sekiranya anda telah dikhianati oleh orang tersayang,
hilang tempat bergantung dan arah tujuan hidup,
sentiasa ingatlah kepada Tuhan.
Usah putus harapan kerana pegangan agama yang kuat
pastinya dapat membimbing ke arah jalan yang betul.




Sedih gila ending drama ni.
Berjurai2 air mataku dan hingusku..hihihi
rasa cam lama tak nangis
tetiba lega :p

Wednesday, June 29, 2011

Tak perlu kata apa-apa

Tarikh: 28/06/2011
Jam 08:10pm



Jam 11:10pm





Mummy sudah tukar kaler pelangi &^%$#@*



Tuesday, June 28, 2011

Tama the Tortoise


Tama temankan Aliah tido.



Bila bangun tido kiss Tama dia.



Sayang Tama dia.



Bermain ngan Tama.



Minum susu dengan Tama.



Suka semua dengan collection zoobies ni.
sangat comel.. dan menarik je haiwan2 ni kan.
Bole wat blanket tuk dorang.
Mummy rasa cam nak beli satu tuk diri sendiri hahaha
Thank to kak
ismi, sbb tolong belikan tuk Aliah.


credit to
zoobies website.