Sebenarnya dah sebulan lebih, ai ada ketulan kat breast sebelah kiri. Ketulan tu ada kat bahagian atas. Dalam kepala otak ni ai fikir mungkin saluran susu bengkak kot tapi tiada sakit. Cuba tuam bahagian ketulan tu, lepas tuam ada la rasa ketulan tu mengecil. Kalau 2-3 hari ai tak tuam rasa besar balik ketulan tu. Jadi minggu lepas sebelum ke Penang, ai decided pergi ke klinik untuk check sebab tak puas hati. Doktor suggestkan ke Damansara Specialist Hospital (DSH) untuk buat ultrasound dengan lebih details. Balik dari Penang, hari Isnin baru-baru ini, ai terus pergi DSH berjumpa dengan Dr. Naqiyah. Doktor ini merupakan Breast & Endocrinology Specialist. Sebelum berjumpa dengan doktor, ai perlu menjalani ultrasound dulu dalam X-ray Room. Masa ni jumpa dengan Dr. Nurhayati. Wah nama sama Dr. Nurhayati check patient Nurhayati hihi

Masa ni sedang menunggu kat Jabatan Pengimejan dan Diagnostik. Boleh tahan ramai juga orang. Agak lama juga menunggu dalam 1 jam.

Tak dapat ai nak ambil gambar masa ultrasound sebab Ariq pegang handphone. Oh pergi hospital ni Zaf dan Ariq je yang teman. Zahra dan Aliah kami hantar kat rumah Mak Tok. Senang sikit tiada kecoh dalam hospital nanti :) Masa buat ultrasound tu, Dr. Nurhayati cakap ketulan ni dipanggil Fibroadenoma. Ai ambil maksudnya dalam Google.
Breast lump ni ada banyak kategori. Boleh baca details kat sini [link] Dah selesai buat ultrasound, ai pergi bilik Dr. Naqiyah untuk berjumpa dengan dia pula. Sebelum doktor tengok hasil ultrasound tu, dia check keseluruhan breast jika ada ketulan-ketulan lain yang terlepas pandang. Selesai semua doktor terangkan tisu otot dan macam-macam lagi yang ada pada breast kita.

Lihat pada gambar yang bulat leper hitam itu la ketulan yang ada pada breast ai sebelah kiri.

Dr. Naqiyah tengah on the phone dengan Dr. Nurhayati. Berkongsi dan berbincang dalam bahasa doktor yang ai kurang faham berkenaan ketulan breast ai ni :) Kata Dr. Naqiyah, ketulan ni ada pada semua wanita. Ianya sama seperti cyst, membezakannya sama ada ianya membesar atau tidak. Dan ada 2 jenis ketulan terjadi dekat breast sama ada air atau solid. Kes ai ni ketulannya solid. Jadi bukan air susu yang membengkak atau sumbat. Dah terjawab persoalan ai awal-awal dulu ingatkan air susu. Tapi doktor kata ianya tidak merbahaya dan bukan lah cancer. Syukur Alhamdulillah.
Antara salah satu sebab ketulan ini boleh terjadi, bila kita nak datang period. Last period ai 6hb Januari habis period sampai sekarang ai tak period. Pregnant pun tidak, mungkin itulah salah satu sebab ketulan itu muncul. Cuma satu je Dr. Naqiyah tak berapa puas hati, ketulan ai kat x-ray tu kecil tapi bila dia pegang rasa besar. Jadi doktor decide lagi 6 minggu ai kena datang jumpa dia semula dan buat ultrasound dan mamogram skali. Nak check sama ada ketulan itu membesar atau tidak. Nak diikutkan yang ai tak perlu buat mamogram sebab mamogram ni sesuai bagi umur 40 tahun ke atas. Tetapi ada sesetengah kes boleh buat mamo ni, bergantung kepada keadaan. Ada sesetengah kes, bila buat ultrasound tak nampak kat mamo, ada pula buat mamo tak nampak kat ultrasound. Tak nampak tu mungkin dari bentuk ketulan atau otot yang lain la kot. Untuk mendapat kepastian doktor cadangkan buat 2-2 kaedah ini. Oh yer ai teringat doktor cakap bila umur kita dah masuk 40, otot pada breast kita menebal sebab itu kena pakai mamo. Harap-harap next appointment ketulan pada breast ai ni dah hilang. Mana la tahukan suatu keajaiban berlaku.

Jadi pada kawan-kawan, kalau ada rasa macam lain pada breast anda sama ada ketulan atau bengkak, cepat-cepat pergi check tau. kita tak tahu kita bakal hadapi. Tapi pada yang tiada ketul sekali pun boleh juga check, lagi bagus. Buat ultrasound pada kedua-dua breast kita. Kalau buat kat DSH ni harganya dalam RM120. Kat tempat lain maybe murah lagi. Tak semua hospital ada breast ultrasound ni. Kena call dulu tanya sebelum pergi. Tak silap ai kat PPUM pun ada.

This is a benign (non-cancerous) breast lump that usually occurs in women under the age of 40. They occur as a result of excess growth of the glands and connective tissue in the breasts. They usually feel like round, firm, and rubbery lumps. They usually move slightly under the skin when they are pressed. They are not usually painful.
Sometimes they can disappear of their own accord or they can be removed. They tend to go after the menopause.