Friday, September 30, 2011

Pasal Telekung

Kawan ai ada beri hadiah telekung
masa dia balik dari umrah.
Suka telekung yg dia bagi,
sangat cantik ngan sulam dan kainnya pun sedap.
Terima kasih kawanku.



Tapi sayang sket, kain telekung tu agak jarang.
Yang membolehkan nampak warna kulit kita.



Nak bagi uols tgk telekung tu jarang,
bila amik gambar nampak jelas.
tapi bila tempek kat sini tak bape nak nampak sangat.
Ai letak toys zara dlm tu, tanda circles 2 tu.
nak bagi korang nampak ke idak hihi
Kalau tak nampak sorry la yer.

Smalam ai ada bertanyakan pada sorang kawan,
kalau kita pakai telekung jarang, sah ke solat kita tu.
Dia tak dapat jawab.
Jadinya ai pun menggoogled kan pasal telekung jarang ni.

Sebenarnya bukan tak bole pakai tuk sembahyang, boleh je.
Cuma bila nak pakai telekung ni, kita kena pakai tudung dan
baju longsleeve tuk tutup aurat.
Bagiku leceh la plakkan.
Jadinya baik beli kain telekung yg tebal.
Panas sket pun takpe la.
Janji sembahyang kita tu sah kan.
Pastu sblom ni ai tak pakai anak tudung/serkup,
skang dah pakai, kita tak tau kot
rambut kita ada terkeluar kat celah or terpacak kat telekung tu kan.


Bawah ni ada sedikit info ai amik dari
website ini.
Ada juga tips membaiki solat bagi kaum wanita.
Klik dan baca tau kat link tu :)


Kain yang digunakan untuk solat menepati ciri-ciri yang tertentu.

Antaranya:

01) Tidak jarang. Rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok-eloknya carilah kain telekung yang tidak jarang (antara caranya ialah dengan menggunakan 2 lapis kain).Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

02) Kadang-kadang sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik-baiknya pakai stokin yang tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang-berlubang sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yang rambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dgn serkup/anak telekung, rambut-rambut ini akan terkeluar-terkeluar dicelah-celah kerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Wednesday, September 28, 2011

Beraya di umah Mama Zana

Sabtu lepas kami dapat byk sangat jemputan
ke umah terbuka dari kawan2 ai.
Ada 6 umah hari tu.
Pastu setiap umah kebanyakkan start
lepas pukul 2ptg ke atas.
Ada yg clash, tapi tetap gak nak pegi.
Especially umah Zana.
Siap sms dia bgtau yg kami nak dtg awal sket.
Nasib tuan umah kata bole.
Ye la kot la tak bole dtg awal,
ganggu la plak ape2 dorang nak wat kan. :)

First time gi umah Zana kat USJ.
Tahun lepas gi umah mak dia kat Shah Alam.

Biasala dah datang awal, harusla
kami tetamu pertama yg sampai hihi.

Meh amik pic Aliah ni.
Baju dia dah singkat.
Senteng nampak dress tu kan.



Akak Zahra plak siap wat umah sendiri.
Dengan tak malu dia dah amik toy orang huh



Main di laman umah ngan anak2 Zana.
Macam dah lama kenal je dorang ni.



Suka pic ni, sbb Batrisyia anak Zana aka KakLong,
yang mengajak adik2 semua ni bergambar.
Bagus tau Kak Long ni.
Elok je semua dok berbaris.



Akhir skali harus la bergambar ngan tuan umah
sblom berangkat umah ke-2 plak.



Makanan2 yang dihidangkan semua sedap2 belaka.
Ada nasi ayam, nasi kerabu, mee kari.
Diriku makan banyak.. tak sedar diri,
padahal byk umah lagi nak pegi.

Sbb tu pakai baju kurung.
Perut muncit takde la nampak muahahaha

Thanks Zana jemput kami ke umah.
Rasa tak puas kita nak berborak.
Anak2 pun dapat main bersama kejap je.
Arissa siap cakap "Nanti Aunty datang lagi tau"
hihihi comel.

Monday, September 26, 2011

Aliah's Birthday Lunch

Ingatkan nak celebrate masa harijadi dia 13hb.
Tapi xdapat buat sbb daddy keje.
Tak leh nak cuti or skip.
Jadinya kami celebrate the next day.
Itu pun dapat buat time lunch.
Daddy ada meeting lak pas tu.
Jadi la kan, dari takde langsung.

Kami ber4 celebrate kat Chili's aje.
Order combo fajitas, macaroni & cheese,
& skillet queso



Daddy & Zahra
Mummy?! tak perlu, sbb selebet hehe



Selainnya adalah pic bday girl yang diraikan.






Walaupun kejap aje makan2..
Huru hara tetap ada, mana taknya.
Kalau dah makan ngan kenit2 ni
harus tak aman dibuatnya huhu

Friday, September 23, 2011

ZahrAliah

Seronok bila tgk mereka main bersama.
Sejuk perut..
ni rasa cam nak preggy lagi.
huh tetiba hahaha
Tengah seronok nak la tambah,
tengah stress cuba tanya..
Rasa nak tutup kilang terus hehehe

Tengok la gelagat anak2 ai ni.

Kalau gi shopping mall,
nampak je menda alah menan2 ni,
Akak Zahra harus nak naik.
Aliah pun sibuk nak menyelit sama.



Dalam laci pun bole main.
Tau2 dorang dah duk dalam ni.
Habis barang diselongkarnya oleh 2 monster kecik ni.
Mummynya tak larat jerit dah.



Aliah suka kacau akaknya main iPad.
bila dah lama, dia cepuk akak dia.
Rampas iPad, bole!!



Tang nak mandi ni,
akak Zahra sibuk nak masuk bath tub.
Seksa giler mummynya nak mandikan dua org ni.
Sempit dan susah huh



Aliah ni ganas sket dari akak Zahra.
Slalunya adik buli akaknya.
Rampas barang. Naik atas badan akak.
Macam2 la..
Nasib akak Zahra ni jenis tak lawan balik.
Adik dia wat ape pasrah je.
Paling paling pun akak Zahra ni melalak,
sbb Aliah buli hehehhe..


Wednesday, September 21, 2011

Batas-batas Dalam Berhias




Dipetik dari website JAKIM.

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.

Huraian Hadith:
i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.







.
.
.
.
.
.

Diriku mengaku sblom ini pernah mencabut dan mencukur kening.
Skarang tak buat dah.
rasanya dekat setahun lebih dah kot.
Alhamdulillah.

Kalerkan rambut pun pernah.
Itu pun sekali, lama dah time pas habis blajar.
Walaupun produk tu tulis halal.
tapi diriku tetap was was bila pakai.
Takut solat kita atau mandi wajib kita tak diterimakan.

dan sekarang menyesal dah ape yg dilakukan huhu
Diriku taknak hidup dlm keadaan yang sentiasa dilaknat oleh Allah. :(
Nauzubillah...

Kadang2 ai rasa ada perkara yg ai nak sangat,
berusaha bagai nak rak tapi tak dapat2.
Mungkin ini lah salah satu sebab yg kadang2
kita buat tak perasan sebenarnya salah,
yang membolehkan Allah itu tak makbulkan doa kita.
Dia mahu kita lihat balik dlm diri kita.
Mana yang tak betul, mana yang kurang,
mana yang patut dan tak patut.
Wah banyak plak bebelnya yer hihi

Diriku ini tidak la alim sangat,
tapi diriku cuba berusaha utk menjadi terbaik disisi Allah.
Banyak lagi yg perlu diperbetulkan.
Kita sama2 berusaha yer.
Chayok chayok