Friday, August 5, 2011

Darah Haid

Diriku masih blom start berpuasa lagi huhu
kerana cik P ni tak habih2..
tak sabar nak gi terawih ngan enZaf.

Jadi, ai nak share sket info pasal haid ni ngan uols.



Apakah warna darah haid?
Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;

1.Hitam
2.Merah
3.Asyqar (warna antara
merah dan kuning)
4.Kuning
5.Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Bilakah warna kuning dan keruh dianggap haid dan bila pula tidak dianggap haid?

Warna kuning dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan haid. Ini berpandukan kepada hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.
(*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud)

Berapa lamakah tempoh paling singkat berlakunya haid dan berapa pula tempoh paling panjang atau paling lama?

Dalam menentukan tempoh paling singkat dan tempoh paling panjang bagi haid, para ulamak berbeza pandangan;

1.Menurut Imam Syafi’ie, Atha dan Abu Thur; tempoh haid yang paling singkat ialah sehari semalam (yakni 24 jam) secara berterusan.[2] Tempoh kebiasaan wanita kedatangan haid ialah selama enam atau tujuh hari. Adapun tempoh paling panjang bagi haid ialah lima belas hari. Maka berdasarkan pandangan ini; jika darah yang datang kurang dari sehari semalam atau melebihi lima belas hari, maka ia bukan darah haid tetapi darah penyakit atau istihadhah.

2.Bagi Imam Abu Hanifah dan as-Sauri pula; tempoh haid paling singkat ialah tiga hari dan tempoh paling panjang ialah 10 hari.

3.Mengikut Imam Malik pula, tidak ada batasan bagi tempoh haid yang paling singkat, yakni ada kemungkinan haid datang sedetik sahaja. Adapun tempoh paling panjang, terdapat tiga riwayat dari beliau iaitu; 15 hari, 17 hari atau tiada batasan.

4.Menurut Imam Ibnu Taimiyyah; tidak perlu ditentukan tempoh paling singkat bagi haid dan juga tempoh paling lama baginya, akan tetapi dikira apa yang telah tetap menjadi kebiasaan bagi seorang wanita maka itulah tempoh haid baginya sekalipun tempoh itu kurang dari sehari atau lebih dari 15 hari atau 17 hari. Begitu juga tidak ada had bagi umur paling bawah untuk kedatangan haid dan juga umur paling lama/paling hujung. Sama juga, tidak ada had bagi sekurang-kurang masa suci antara dua haid. Menurut beliau lagi; bagi perempuan yang mula-mula kedatangan haid (مبتدأة), maka dikira/dihitung sebagai haid darah yang ia lihat selagi ia tidak menjadi mustahadhah (yakni perempuan yang kedatangan istihadhah iaitu darah yang keluar bukan pada masa yang sepatutnya). Begitu juga, perempuan yang berubah kebiasaan hari-hari haidnya (yakni hari-hari kebiasaan haidnya berubah sama ada bertambah atau berkurang atau bertukar pada hari-hari yang lain), maka perubahan itu adalah dikira haid sehinggalah ia mengetahui bahawa darah yang keluar itu bukan haid, tetapi istihadhah kerana darah yang keluar berterusan tanpa henti.


Apakah caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis?

Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.

Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.
(*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).




Info dipetik dari IrfanIrsyad.

Sebelum ni ku ingat, bila dah takde darah merah
habis la haid tu,
rupa2nya silap selama ni,
keruh tu pun masih lagi dlm keadaan haid
paling lama 15hari.

Steamboat

Petang smalam dapat call dari enZaf,
ajak berbuka kat luar.
Teringin nak makan steamboat katanya.
Suh ai call Johny's masih ada tempat lagi ke tak.
Terus menerus ai kata ok je n call
nasib ada lagi.



Lama giler tak makan kat Johny's.
Dah berwajah baru kat OU ni.
Steamboat pot pun dah tukar canggih sket hihi


Kemain lagi EnZaf order,
semua menda dia nak.


15 bekas semuanya.
Amik ko, banyak giler tuk kami.
Mungkin tuk uols sikit kan.


Makan time


Zara peneman kami,
adik Aliah kat umah maktok.

Thursday, August 4, 2011

Ahad lepas

Citer lama lagi, kisah ahad lepas.
Hanya weekend bersama ngan anak2.
Daddynya ada golf amal.

Boring dok umah, maka ai pun
bawak anak2 gi Giant Kota Damansara ni.
Gi lunch pastu bawak dorang dua ni
main menan yg ada kat situ.

Adik Aliah kemain lagi sronok
dapat naik kete..
takmo duduk lak tu,
pegang stereng nak berdiri huh


Pastu tukarkan dia ke plane.
Time ni dia tgh kusyuk tgk akaknya.


Kusyuk tgk akaknya main menan drum tu.
Ape ek panggil game ni, ai pun taktau.
Tapi Zara memang suka.


Asal masuk tempat mainan camni,
memang yg drum tu la dia terjah.
Yang paling mengujakan ai,
dia reti ooo main game ni.
Pandai lak tu dia ikut rentak lagu
suh pukul mana satu.
Bangga mak hihi (mestila bangga kat anak sendiri kan hihi)


Pas dah main drum tu,
tukar main bowling lak.
Tak bape reti sangat sbb tangan dia
tak kuat baling bola tu.
Asik masuk longkang je haha


Penat jua la ai melayan dua puteri ni.
Si Zara cam biasa la, tak puas nak main lagi,
bila ai ajak balik.
Mengamuk dia takmo balik..
jenuh ai pujuk dia, masuk kedai buku.
Ha amik la buku ape yg nak.
Itu pun masih lagi sebut nak main game.
Nasib adik kecik lagi,
esok dah paham mau berganding meletop
nak kena layan karenah dorang ni.
Sorang pun tunggang langgang dah haha


Wednesday, August 3, 2011

Pink

2 ke 3 minggu lepas,
balik dari umah mak,
tetiba nampak satu kete yg kaler pinknya
yang amat terang di atas jalan.
Memang dari jauh pun leh nampak la.

Terus menerus ai amik hp,
snap pic kete camry ni.
Yarabbi mmg pink habis kan.
Tgk drivernya adalah lelaki.
Jadi ai anggap maybe husband dia bawak jap kot ;)
Ada ke laki nak kete kaler ni.?! *&%%$



Ai tgk, terus tak rasa cantik langsung kat kete camry ni.
Kaler pink ni lagi elok pada kete2 comel,
cam kancil, viva, dan sewaktu dgnnya.
kete2 comel ni buh kaler ape pun cantik je kan.
Rasanya la...
Tp Kete besau camni.. oh tidak sama skali.


Tuesday, August 2, 2011

Jade Brooch

Tiap kali nak raya,
ai mesti nak beli brooch baru.
Brooch raya la katakan.

Kali ni macam berkenan kalau brooch tu ada jade.
Tak kira la kalau baju raya kaler ape pun,
rasa cam kena je kan tempek jade seketul. :p
Kalau tak kena pun fedulik ape kan. hehe

Jadinya ai pun google la nak tgk,
cantik ke idak jade brooch ni.
Terima kasih ye en Google.








Paling suka pic last ni,
sebab rasa penuh je jade tu kan.
Pastu nampak antik dan elegen gitu.




Kalau bgtau kat enZaf nak beli camni,
confirm kata jgn nak mengada.
Beli sblm ni yang rege 200 pun dah kata mahai sgt.
Ape ntah nak beli ada jade ni.
hihihi