Monday, May 22, 2023

Jamuan Raya di Padang Bola


Penutup raya tahun ini dengan jamuan makan raya bersama kelab bola sepak Subest. Kami buat di padang sahaja selepas anak-anak selesai latihan bola. Sementara menunggu jamuan itu kami breakfast dahulu di tempat biasa Restoran Tok Bilal. Kedai yang kami singgah setiap kali hantar Ariq latihan bola :) Nasi Dagangnya terbaik..



Dalam pukul 10 suku pagi kami pun datang ke padang. Jumpa abang Ariq tengah kepenatan dan berpeluh. Kali ini seronok lepas latihan terus dapat makan. Cuaca pun Alhamdulillah elok dan sangat mengizinkan kami menyambut jamuan ini.



Banyak dah juadah makanan terhidang. Macam-macam jenis ada, terus rasa lapar semula hehehe..





Gambar di bawah tu ada seorang budak tu tengah gigih pilih aiskrim hehehe.. dalam icebox tu penuh macam-macam jenis aiskrim. Kalau Qaireen dapat tahu dalam kotak tu pasti dia pun nak juga.





Kelab juga ada beli kek untuk jamuan ini. Raikan sekali dengan anak-anak yang lahir dari bulan Januari sehingga Jun.



Boleh dikatakan ramai juga yang lahir dalam bulan satu hingga enam, alang-alang tu ai terus panggil semua sajalah anak-anak Subest raikan sekali. Kiranya sambut anak-anak sepanjang tahun 2023 lah senang hehehe.. Semua menyanyi dan semua potong kek :) Bagi semua seronok dan tiada yang bersedihkan.





Gambar dari phone Amy. Ada gambar ai pun kena suap dengan kek Batik tu tapi tak masukkan dalam blog. Hodoh sangat rupanya ternganga luas :p



Sebelum balik haruslah ambil gambar dahulu. Ramai yang dah balik, kami je yang tak sudah bersembang :p Sebelum tu kami sibuk bungkus makanan dalam plastik. Bagi bekalan kat kawan-kawan sebelum pulang.



Jamuan raya yang tak pakai baju raya :) Oh ya ai ambil gambar budak kecik yang tengah asyik minum air manis ya. Mummy bagi green light masa tu saja. Qaireen ni memang jarang minum air manis, selalunya air kosong sahaja.



Lepas solat Zohor, hantar Ariq ke rumah kawan baiknya Zhafran beraya. Familynya buat open house. Seronok lah dia tinggalkan dia kat sana. Bukan main lama lepak rumah orang sampai nak dekat Maghrib baru balik. Itu pun sebab Daddy dia pergi ambil, kalau tak pergi tu sampai ke malam agaknya huhuhu.. Comel je anak bujang aku ni, petite macam Mummy dia :)



No comments: