Friday, June 5, 2026

Tawaran Belajar 2026

Syukur Alhamdulillah, akak Zahra dapat tiga tawaran untuk menyambung pelajarannya selepas SPM. Pertama dia dapat tawaran di Tingkatan 6. Ai tak screenshot pun yang tingkatan 6 ni. Yang tahu dia dapat aliran Sains tetapi penempatan tiada. Kena pergi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk dapatkan tempat belajarnya.

Kemudian, akak Zahra dapat tawaran di Matrikulasi pula. Tak sangka dia dapat dekat saja, masih di dalam negeri Selangor. Masa dapat keputusan Matrikulasi ini keluar, ramai kawan-kawan sekolahnya berkongsi penempatan mereka. Rata-rata ramai dapat di Selangor dan Melaka. Ada juga yang dapat tempat lain seperti Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Yang akak Zahra seronok ke dua-dua bestfriendnya Auni dan Tisya pun dapat sama juga di Selangor.



Akhir sekali, dia dapat tawaran melalui saluran UPU. Alhamdulillah, dia mendapat pilihan pertamanya. Bukan senang juga ya nak apply UPU ini. Banyak benda ai belajar, cara nak mengisi permohonan. Masa itu jugalah belajar pengiraan merit. Ya ai siap masuk taklimat secara online mengenai sistem UPU ini. Anak pertamakan, kena juga belajar. Tapi pada masa yang sama juga, akak Zahra pun belajar mengisi semua permohonan baik dari Matrikulasi hingga ke UPU. Akak Zahra sendiri yang menyusun program pengajian di dalam UPU. Di dalam UPU menyediakan 12 pilihan tetapi akak Zahra hanya letak 6 pilihan sahaja. Minimum enam, dia tak berani nak letak lebih takut dapat pilihan yang dia kurang minat. Ai hanya pastikan dia lengkap mengisi permohonan dan tidak tercicir satu pun 🧐😵‍💫📋.



Bab merit ini, boleh tahan juga pengiraannya. Walaupun ianya secara straight forward kita masukkan saja gred setiap subjek tapi strategi pemilihan bidang/atau program pengajian itu pun penting. Kena letak pilihan berdasarkan merit. Merit kita hendaklah sama atau lebih tinggi dari merit di dalam UPU. Peluang untuk mendapat program pengajian itu lebih tinggi atau sebaliknya. Boleh saja kita letak satu program itu jika merit kita rendah tetapi peluang untuk mendapat itu tipis, walaubagaimanapun peluang untuk dapat atau tidak kita hendaklah berserah kepada Allah Ta'ala. Sekarang ini ramai yang pandai-pandai. Mana-mana pun tetap ada saingannya, tidak kira program pengajian itu tinggi atau rendah. Berbalik kepada rezeki itu. Yang penting, usaha, doa dan tawakal 🤲.

Bila dapat tahu saja tawaran UPU, akak Zahra terus decide pilih asasi. Memang dia nak sangat belajar di sini. Jadinya ai siapkan segala dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan semula yuran pengajian Matrikulasi yang telah Daddy dia bayar sebelum ini. Ya! masa dapat Matrikulasi tu, semua dokumen kami dah siapkan dengan yuran kecuali bahagian perjanjian yang melibatkan bayaran stamping dengan LHDN. Tuntutan boleh hantar melalui secara terus ke pejabat atau pun melalui pos. Dan kami pilih pos saja, buat pos laju mudah dan selamat.



Malam ai teman enZaf ke kedai ikan. Kedai ini buka sampai pukul 12 pagi. Dia nak beli ikan untuk akuarium kecil ai. Ikan-ikan kecil ini mudah mati, bila tinggal seekor dua nanti dia akan top-up ikan baru 🐠. Begitulah kerjanya ehhehehe.. Dalam menunggu dia memilih tu, ai pun ralit tengok ikan laga. Suka betul tengok warnanya, merah menyala.. cantik sangat ♥️. Nampak katak comel 🐸, laju-laju hantar gambar kat akak Zahra. Dia suka la haiwan-haiwan gini 😅.







No comments: