Thursday, November 27, 2025

DIY Chef Costume Version 2.0

Bila sekolah ada buat Hari Kanak-kanak pasti ada tema untuk hari tersebut. Tahun ini temanya adalah kerjaya. Memang tema ini selalu pun ada di mana-mana sekolah pun kan. Kebiasaanya ai kalau melibatkan tema-tema ini suka menggunakan apa yang ada sahaja. Ai ni bukan sejenis mak-mak yang all out sanggup keluarkan belanja untuk menjayakan tema. Walau bagaimanapun ai tetap kagum dengan mak-mak yang macam ini. Suka tengok kreatifnya mereka dengan segala tenaga dan usaha mereka lakukan. Tabik spring!! 🫡👍 Masa memikirkan pakaian apa untuk Qaireen ini, terus ai teringat semula masa zaman Aliah [link]. Yang Aliah version 1.0, buat d.i.y sebab last minutes. Untuk Qaireen buat d.i.y juga cuma kali ini tak berapa last minutes hehehe...

Qaireen setuju nak pakai ala chef. Ai search saja gambar yang sesuai buat d.i.y. Kali ini Aliah ada membantu eh.. bantu ke kena paksa 😅. Nasib baiklah dia memang suka juga buat kerja-kerja macam ini. Dia lah yang tolong buatkan baju untuk Qaireen. Thank you Aliah... Senang kerja Mummy hehehe.. Baju ini pun lagi dua hari nak pakai baru Aliah siapkan. Tak sangka hasilnya mengkagumkan. Kagum bagi ai untuk orang lain kita tak kisah lah 😜🤭



Ai tambahkan sikit dengan riben 🎀. Itu pun pakai tali rafia saja. Nampaklah ceria sikitkan baju tu. Pairkan dengan seluar jeans. Nak pakaikan seluar hitam tak ada, seluar tracksuit macam tak berapa cantik. Ha gasak pakai jeans terus. 👩‍🍳👖😍



Lepas hantar Qaireen kami ke kedai makan Kerisik. Terasa nak makan Laksa Johor tapi dah habis huhuhu... Ariq tak nak makan sebab dia baru lepas makan nasi di rumah.



Masa nak ambil Qaireen balik sekolah, cuaca hujan pula. Kalau hujan memang enZaf lah yang mengambil, ai tunggu dalam kereta saja hehehe.. Lembik dah topi chef Qaireen. Pakai kertas kena hujan pula, memang melendutlah jadinya hahaha..



Inilah rupa baju selepas habis sekolah. Riben tercabut, lukisan yang Aliah lukis tu pun dah koyak sana sini hahaha.. apa pun Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah Qaireen. Yang penting dia happy dan suka dengan apa yang dia pakai. Padahal tak tahu dah besar nak jadi apa kan hahaha..



Oh ya! enZaf siap bagi upah untuk Aliah siapkan baju Qaireen. Katanya kerja dia kena hargai.

No comments: