Datang sekolah Qaireen untuk Hari Terbuka Dialog Prestasi Akademik 2025. Agak nervous juga sebenarnya, sebab ini merupakan kali pertama untuk lihat keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dia ðð. Dalam kepala otak ini, okay ke tidak. Adalah beberapa soalan yang ai nak tanya pada cikgu kelasnya. Macam tak biasa pula kan ðĪ, padahal dah ada tiga orang anak mengadap perkara ini hahaha.. mungkin anak bongsu agaknya kan.. perasaan itu lain ðŦĢ
Untuk Tahap 1, perjumpaan dengan cikgu kelas di adakan di dewan. Sebab perjumpaan ini dibuat pada satu sesi sahaja iaitu waktu pagi. Ai pun plan tidak sampai awal sangat, dalam pukul 9 setengah pagi baru masuk ke dalam sekolah. Sampai saja di dewan, terus ke barisan kelasnya. Alhamdulillah tidak berapa ramai, ada lagi dua parents menunggu giliran.
Sempatlah ajak Qaireen selfie sementara menunggu. Daddy sampai lambat sikit, dia tengah mencari parking.
Elok saja giliran kami, sampai enZaf. Terus mengadap cikgu kelasnya ð. Banyak juga soalan ai tanya kepada cikgu. Alhamdulillah Qaireen tiada buat masalah sepanjang sesi persekolahan. Cikgu beritahu dia pun senyap sedikit di dalam kelas. Eh! eh! kat rumah cikgu tak tahu dia paling bising sekali hahaha.. Oh ya! lagi satu cikgu kata speakingnya bagus. Samalah macam kakak-kakak dan abangnya juga. Anak-anak ini memang English lagi baik dari Bahasa Melayu. Cakap Bahasa Melayu pun bunyi pelat huhuhu... padahal Mummy dia makan sambal belacan dan tempoyak ðĪĢ. Banyak sangat tengok Youtube gitu lah kan.
Selesai saja di sekolah kami terus ke kedai makan. Perut dah lapar sangat. Dah sampai rumah barulah ai teringat tak ambil gambar dengan Qaireen di sekolah. Jadi paksalah enZaf ambilkan gambar kami berdua sebelum masuk rumah hehehe...
Beg ai bawa tu dari pemberian sahabat baikku ketika di UUM, Nur. Jauh datang beg itu tau, terbang dari Sarawak. Beg anyaman Sarawak. Cantik sangat beg ini, saiz dan warna tu memang kena sangat dengan ai. Pandai Nur pilih. Terima kasih ya Nur kerana masih mengingatkan diriku ini. Walaupun kita jauh di mata tapi dekat di hati. Tiba-tiba rasa sebak pula. Gambar di bawah adalah pemberian dari cikgu kelas Qaireen. Baik sangat cikgunya pun, ada ole-ole untuk anak muridnya ð️. InsyaAllah tahun depan masih cikgu kelas yang sama ðĨ°
Kesimpulannya, hasil keputusan PBD Qaireen amatlah membanggakan bagi diri ai. Adalah satu subjek seperti Bahasa Arab dia agak rendah sedikit tapi tak apa. Sekurang-kurangnya selama dia pergi sekolah ini dia faham apa yang diajar oleh cikgu. Sekolah dia tiada buat exam, hanya Tahap Dua sahaja. Ada sekolah lain Tahap Satu pun ada exam juga kan. Setiap sekolah tak sama cara pembelajaran dan pengajaran. Bergantung kepada Guru Besar. Walau macammana pun kita tak boleh biarkan anak leka sangat. Ada masa belajar dan ada masa bermainkan. Cabaran untuk besarkan Gen Alpha ini ððĪŠ

No comments:
Post a Comment