Saturday, October 28, 2023

Kembali ke Dewan Badminton


Lama sungguh kami tak main badminton. Padahal kat rumah ini ada saja badminton court. Sama lah macam swimming pool, jarang sangat pergi mandi kolam :p Nak memulakan sesuatu aktiviti itu memang mengambil masa kan, bila dah start baru lah berturut-turut buatnya. Jangan berhenti, sekali berhenti nak mula semula dah terus makan masa balik hihi..









Cepat betul pancit ai main badminton ni. Main dengan anak-anak sekejap lepas tu main single dengan enZaf. Terasa betul kepenatan tu hahaha.. enZaf memang buli ai ke kiri kanan depan belakang court :p Dalam 2 jam kami main, seronok betul tiada orang. Tiada lah malu sangat nak melompat tu hehe.. Habis main kami terus keluar untuk makan tengahari. Berlengas pun berlengas lah janji dapat isi perut dulu.



Makan kedai kegemaran anak-anak, Restoran Ayam Kampung Kota. Dah kenyang barulah balik ke rumah mandi dan berehat :) Bila malam dah terasa tegang di peha, masa main badminton tak sedar diri. Dah sakit barulah rasa menyesal haha..

No comments: