Monday, October 2, 2023

Buat Assignment di Luar


Cerita ini adalah hari yang sama dengan entry Aliah first day masuk kelab ragbi [link]. Dia dah berjanji dengan kawan-kawannya untuk buat assignment di luar. Diikutkan perancangan anak-anak ini jumpa waktu tengahari tetapi Aliah sorang sahaja yang lambat sikit sampai. Ai suruh dia berehat dan jumpa lepas solat Zohor :) Lepas solat terus kami ke Tropicana Gardens Mall.



Curi-curi ambil gambar dorang hehe.. Masa kami sampai ada sorang mak salah seorang dari kawan Aliah yang teman, jadi bila kami ada ni giliran kami lah tengokkan anak-anak pula. Zaman sekarang begitulah kan, anak-anak buat apa pun kena ada kita meneman. Berbeza sangat dengan zaman kita.



Sementara menunggu anak-anak ini menyiapkan tugasan, enZaf order makanan untuk isi perut. Nak keluar ke tempat lain malas.



Boleh tahan lama juga la menunggu, hampir pukul 3 setengah petang. Daddy dia siap masuk kedai Golf mencari barang. Habis saja semuanya, Aliah minta izin nak berjalan dengan kawan-kawan dia sekejap dalam mall. Mummy dah agak dah nak oi hihi.. pernah remaja :p Bagilah dia berjimba dengan kawan-kawannya sebelum balik. Kebetulan ada seorang lagi kawan nak datang jumpa dorang, maknya pun ada bersama temankan dorang berjalan juga. Jadi ai izinkan je lah. Seronok masing-masing dapat Llaollao dan air bobba.



Sempat jugalah ai ambil gambar Aliah dan kawan-kawannya. Itu pun ada sorang dah balik. Kesemuanya adalah kawan dari sekolah rendah kecuali seorang yang paling tinggi tu, tak pasti pula dia dari sekolah mana. Tapi mereka semua ini berlainan kelas dan masih berkawan baik lagi. Semoga ikatan persahabatan mereka berpanjangan :)

No comments: