Wednesday, August 9, 2023

Tengok Wayang Tiba-tiba


Bila tiba-tiba enZaf ajak tengok wayang pada hari Isnin malam, maka jawapan kita pun "Okay" saja lah hehehe.. Dia nak tengok cerita Mission Impossible 7. Lama dah ceritanya keluar tapi baru sekarang nak tengok. Itu pun ada panggung wayang dah limited waktu tayangannya. Malam nak tengok petang baru mencari tiket online, kami memilih di GSC One Utama. Kali terakhir tengok wayang pada bulan Januari [link]. Kali ini pergi tanpa akak Zahra, sorry kakak!



Oh ya! rambut Qaireen dah pendek. Ai yang potong rambut dia tu. Rimas tengok rambut dia asyik berjuntai depan muka, dia pula jenis tak suka ikat atau sempit rambut bila di rumah. Terus lah ai tarik dia masuk bilik air dan potong ;) Masa sampai One Utama, enZaf drop ai dulu untuk ambil tiket dan makanan. Bila dia sampai depan GSC tiba-tiba cakap nak beli Hotdog pula, Popcorn tak kenyang katanya haha... Sementara menunggu enZaf beli makanan lagi, kami pun bergambarlah sikit.





Dah masuk dalam GSC tak ambil gambar apa pun. Masing-masing kusyuk makan dahulu sebelum cerita start. Nampak tua dah Tom Cruise, ai ingat movie ni terakhir kot dia berlakon, rupanya ada lagi sambungan tahun hadapan. Hebat betul masih mampu buat aksi stunt lagi. Bila tengok Tom Cruise tu dah tua, barulah sedar diri ini pun lebih kurang juga hahaha.. umur dah 40 lebih dah, macam tak percaya pula :p Keesokkan harinya tengah menunggu Ariq balik dari sekolah, dapat flyers pula. Kita baca sajalah walaupun tak mengundi di Selangor.



Kadang-kadang tunggu anak balik sekolah ini, menguji keimanan juga ya. Menguji dari segi kedietan diri ini hahaha.. pandai-pandai buat perkataan sendiri kedietan itu :p Selalu elak nak mengunyah tapi kalau dah nampak tu memang auto kereta berhenti dan laju membeli. Contohnya seperti gambar di bawah, Sengkuang Calit.



Bukan mudah ya nak dapatkan Sengkuang Calit yang sedap. Sengkuang itu memang lah sama saja tapi kuah calit itu, nak dapat yang kena dengan tekak itu susah. Bila dah jumpa yang kena dengan selera, memang situlah tempat dituju. Ada yang kuahnya merah dan ada yang gelap. Kacang pun main peranan juga, dapat yang penuh dengan kacang tu best betul. Lagi satu air kopi Mamu hehehe.. sebelum ini selalu juga la membeli, sekarang ini dah control sikit. Seminggu atau dua minggu sekali beli kalau terasa nak minum sangat.

No comments: