Thursday, July 20, 2023

Keluar Cuti Awal Muharram


Lama tak makan di kawasan SS15 Subang Jaya. Shop lot area sini sangatlah sibuk, nak dapat parking pun agak susah juga. enZaf saja ajak makan di SS15, katanya kalau dapat parking kita makan situ, kalau tidak cari tempat makan lain sahaja. Kebetulan ada satu parking kosong, rezeki tak disangka. Kami makan di Restoran Gold Chili.



Memandangkan Aliah suka dengan Chicken Buttermilk sebab itu enZaf bawa di sini.





Sedap lauknya. Habis licin semua orang makan hehehe.. kedainya tidaklah besar mana. Terhad juga ruang tempat duduknya. Nak makan ramai-ramai tu agak sempit bagi ai. Tapi kedainya bersih itu ai suka :) Sempat lagi ai ajak Ariq dan Daddynya bergambar berdua. Dua orang ini nak pakai kasut yang masing-masing tali kasut berwarna striking.



Kasut Daddy dia tu kasut main Golf, boleh pula pakai buat jalan-jalan. Sanggup nak sama dengan anak bujang dia tu :) Masuk kereta terus hujan rintik-rintik. Lepas makan kami tak ada rancang nak kemana, ai saja la ajak dia ke Ifmal. Tak sangka dia kata okay, sebelum tu ai pernah cerita dengan dia nak pergi Ifmal sebab nak beli pinggan Corelle. Alang-alang dah sampai Subang itu yang enZaf okay agaknya kan.



Ifmal yang kami pergi ni cawangan Subang di Taman Teknologi Tinggi Subang. Waktu kami sampai ini hujan sangat lebat. Sungguh teruja ai masuk dalam ini, pertama kali masuk ke dalam kedai Ifmal. Sebelum ini tengok dalam Facebook saja. Selain pinggan mangkuk sini juga banyak jual coklat. Rambang mata enZaf sebab dia tu boleh dikategorikan hantu coklat hahaha... Baru perasan dua gambar di bawah ini blur. Main snap saja lepas tu tak tengok semula. Jadilah kan.





Masa dah decide nak beli itu, tiba-tiba salah seorang staf Ifmal beritahu yang tak lama lagi mereka nak buat jualan diskaun untuk semua Corelle termasuklah set yang ai pilih tu. Katanya lagi lebih baik kami tunggu diskaun itu supaya dapat harga lebih murah. Disebabkan itu enZaf minta mereka simpankan untuk kami takut-takut habis stok pula. Jadinya kami tangguh dulu beli Corelle dan enZaf beli cokelat-cokelat :) Dari Subang kami ke pergi ke Paradigm Mall pula. Lepak minum petang.



Ai paksa Qaireen pakai sport shoes sebagai persiapan nak pergi school trip. Kasut abang Ariq tu yang masih elok lagi. Anak bertuah ini susah betul nak pakai kasut, dia lebih suka pakai sandal. Daddy dia dah banyak kali offer belikan kasut sukan tapi tetap tak nak. Geram betul la kan. Kali ini ai berjaya paksa dia pakai juga. Bila dah pakai tu sikit-sikit nak berlari hahaha..







No comments: