Monday, July 17, 2023

Berjalan-jalan di Pavilion


Lama tak pergi Pavilion KL. Jarang sangat masuk KL terutamanya pada hujung minggu. Sejak dua menjak ni apa yang ai perasan, hari Sabtu adalah hari jem sedunia. Mana-mana pergi penuh kereta atas jalan. Tapi kalau pergi hari Ahad, automatik jalan lengang sedikit nak dibandingkan hari Sabtu. Jadinya kami kalau nak keluar selain dari kawasan Damansara, kami akan keluar pada hari Ahad :) Sampai Pavilion terus kami ke Food Court isi perut dahulu. Apnak-anak suka makan situ sebab banyak pilihan.



Qaireen and Mummy kongsi makan Nasi Ayam. Ai dah makan lewat paginya dan masih kenyang lagi. Lepas tu ai suruh akak Zahra ambil gambar Aliah :)



Aliah pula ambil gambar akak Zahra. Dorang berdua makan sama saja yang berbeza hanya sup. Akak Zahra sup kosong, Aliah makan dengan sup Tomyam. Pernah orang viral pasal harga di sini. Ya memang mahal sebab ianya Pavilion walaupun food court huhu...



Ariq sorang makan Western food, dia memang suka Chicken Chop. Tapi makan selalu tak habis, dan siapa yang habis tu dah boleh tahu :p



enZaf pula makan sama dengan akak Zahra dan Aliah.



Gambar ai yang diambil oleh akak Zahra. Dia sengaja ambil gambar Mummynya yang tak ready. Ada lagi satu gambar tapi seram pula nak letak sebab tak nampak biji mata hitam hahahaha...



Lepas makan kami jalan-jalan di Pavilion dan kemudian masuk di dalam kedai JD Sports. enZaf ada voucher yang perlu digunakan sebelum expired. Ingatkan dia nak beli barang untuknya, rupanya nak beli untuk ai. Memandangkan dia nak belikan ai suruh dia saja yang pilih :) enZaf juga nak carikan kasut untuk Ariq tapi tiada yang berkenan di JD Sports itu dan terus kami ke kedai Nike pula.



Boleh tahan juga lama kami dalam kedai ni, Ariq tu kalau nak sesuatu barang dia memang yang cerewet. Jadinya ai biarkan sahaja Daddy dia yang melayan hahahaha... Kalau Mummy dia layan nanti tak pasal-pasal jadi naga :p Menunggu Ariq tu cari kasutnya ai pun ambillah gambar dengan anak-anak dan video Qaireen main sorang-sorang :) Besar Fitting Roomnya, best betul.



Ariq dah dapat kasut yang dia suka, kami sambung jalan-jalan lagi. Nak cuba makan di Five Guys pula tapi ramainya orang, terus tak jadi nak masuk. Tak ada kesempatan lagi nak merasa air Milkshakesnya :) Jalan dan jalan lagi enZaf ajak tengok wayang pula. Pun penuh banyak tinggal seat yang depan dekat dengan skrin. Musim Barbie, mana-mana penuh dengan warna pink.



Masuk Parkson pula, nak mencari sandal Qaireen. Satu perangai Qaireen ni, dia tak nak mencuba sarung kalau nak belikan kasut atau sandal. Kalau tanya dia nak ke tak jawapan dia "NO". Jadi kami beli sahaja sebab dah tahu saiznya. Geram betul dengan anak bongsu ni tau, setiap anak perangai berlainan.



Memandangkan tak jadi tengok wayang di Pavilion siangnya, enZaf pasang cerita kartun The Super Mario Bros. Movie. Kami tengok di rumah sahaja, pasang lampu malap sambil letak kudapan. Bestlah ceritanya, ai suka. Lagu-lagu dalam tu pun lagu lama. Boleh repeat lagi terutamanya Qaireen dia pun suka.



No comments: