Friday, August 13, 2021

Vaksinasi Covid-19 Bagi Umur 12-17 Tahun


Pagi tadi ai dapat message dari Whatsapp Group sekolah Zahra berkenaan Surat Pekeliling dari Ketua Pengarah Kesihatan kita, Datuk Noor Hisham Abdullah berkenaan vaksinasi Covid-19 bagi golongan remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun.



Panjang juga surat pekeliling tu nak baca hehehe.. secara kesimpulannya program ini akan bermula pada pertengahan bulan September dan secara berperingkat. Beberapa jam lepas itu, sekolah Zahra hantar lagi message untuk ibu bapa mengisi maklumat anak berkenaan vaksinasi. Fuh laju betul buat kerja.. :)



Sebelum dapat surat pekeliling ini, sekolah Zahra ada buat soal selidik mengenai pembukaan sekolah sekiranya bermula pada bulan September. Pandangan ai tentang pembukaan sekolah ini perlu ditangguh terlebih dahulu. Perlu diberi tumpuan untuk memberi vaksinasi kepada semua pelajar sebelum sekolah dibuka sepenuhnya. Sebelum ini ai ada dengar beberapa orang mencadangkan vaksinasi ini dibuat disekolah. Cadangan itu bagi ai tak salah, boleh dibuat tetapi ai rasa ianya lebih sesuai untuk sekolah harian. Bagi sekolah asrama ai rasa tak sesuai pula sebabnya ai risaukan lepas cucuk tu. Kebanyakkan yang ambil vaksin akan mengalami kesan sampingan. Tidak kira sama ada sampingan itu sikit atau tidak tapi ai lebih selesa kalau anak ni ambil vaksin dan berehat di rumah. Sekurang-kurangnya kalau dia tak sihat, ada keluarga yang jaga dan tengokkan. Itu pandangan ai lah. Anak sakit, ibu mana tak risaukan. Kalau vaksinasi itu di buat di asrama, kita pula yang susah hati nanti. Harap-harap pihak KKM akan pertimbangankan lah tentang perkara ini. Apa pun ai percaya KKM pasti sudah meneliti sebelum sesuatu keputusan yang dibuat. Semuanya bergantung kepada keadaan dan lokasi di sesuatu tempat. Yang penting kita sokong jika ianya membawa kebaikan semua pihak.

Oh lewat petang tadi, salah seorang guru kelas Aliah nak berpindah ke sekolah lain. Cikgu itu merupakan cikgu subjek Muzik yang mengajar akak Zahra juga masa sekolah rendah. Sempatlah ai Whatsapp personally dengan Cikgu Faizura ucap terima kasih dan tahniah ke tempat baru.



Minggu lepas pun ada salah seorang guru Ariq bertukar ke tempat lain. Cikgu Rizal mengajar subjek Sains. Semoga cikgu-cikgu ini maju jaya ditempat baru. Semoga Allah memberi ganjaran yang besar buat mereka.

No comments: