Monday, August 23, 2021

Kisah Satu Hari


Bahagia dan berbunga hati bila seharian tak memasakkan. Sesekali dapat gantung kuali tu nikmatnya lah. Walaupun sekarang Selangor dah dibenarkan untuk dine-in di kedai makan tetapi diriku masih tak berani nak keluar dengan varian Delta yang makin menular di dalam Malaysia ni. Walaupun dah selesai suntikan dos ke dua bukan bermakna kita bebas dari di jangkiti Covid. Kemungkinan kita bakal mendapat dos ke tiga atau pun dos seterusnya setiap tahun, dan WHO pun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kita mungkin berdepan dengan wabak ini selama 2 tahun. Tapi itu statement tahun lepas, dengan situasi sekarang sudah bermacam varian baru timbul, mungkin bertambah tahun agaknya. Moga baik-baik untuk kita semua. Ai pun dah hampir burnout duduk rumah lama sangat dengan PdPR anak-anak ini. Rasa macam lambatnya nak cuti sekolah huhuhu... enZaf kalau ada kerja yang memerlukan dia keluar rumah, dia memang dah pesan siap-siap yang ai tak perlu memasak. Bila dah cakap macam tu ai okay saja lah kan. Tahu-tahu makanan dah sampai depan pintu :)



Lama tak makan makanan Soru Station. Lunch ai dan anak-anak bertemakan western food. Ada Chicken Chop, Lamb Chop, Pasta dan Mushroom Soup. Bila search balik dalam blog ini rupanya ai tak pernah pun buat entry makan-makan kat Soru. Cari balik gambar pun tak jumpa dah, sama ada tak ambil gambar masa makan di sana atau pun dah delete. Bila enZaf balik rumah petangnya, ai nampak dia bawa balik dua plastik besar. Rupa-rupanya dalam tu ada buah Durian. Katanya kawan dia Epul bagi. MasyaAllah rezeki kami sekeluarga.



Banyak pula tu Epul bagi ada dalam empat biji buah Durian. Yang terharu lagi tu bukan buah durian kampung tapi buah Durian Musang King. Tengok pada warnanya pun dah terliur dan sememangnya sedap. Semoga dilimpahi rezeki yang berpanjangan buat Epul dan keluarganya.



enZaf bukan bawa balik buah Durian semata, dia ada bawa makanan petang sekali untuk kami. Ai duduk rumah ni asyik makan sahaja dan dah lama tak bersenam. Berat pun dah naik. enZaf dah sebut-sebut suruh ai joging tapi tak ada mood pula. Nak mulakan sesuatu tu memang payahkan. Belum ada rasa kerajinan nak bersenam lepas tu salahkan penimbang berat :p



Lepas solat Maghrib, sekolah Aliah dan Ariq ada buat bacaan Surah Yasin setiap hari Jumaat. Mudah-mudahan aktiviti ini berterusan hendaknya. Akak Zahra tak ikut sebab dia uzur. Kalau tak uzur tu memang dia join sama.



Makan malam enZaf order lagi. Lupa dah apa nama kedai ni. Alhamdulillah atas nikmat rezeki ini.



Pada tengah malam dalam pukul 12 lebih pagi tak silap ai, dapat message dari Whatsapp Group sekolah Zahra. Salah seorang bapa meminta doakan isterinya yang hendak bersalin waktu itu juga dan disahkan positif Covid. Ya Allah masa ai baca tu, berdebar terus jantung. Sejak kisah arwah Siti Sarah tu, ai jadi paranoid bila dengar ibu mengandung dijangkiti Covid. Keesokkannya kami para ibu bapa sepakat membuat majlis bacaan Yasin bukan sahaja untuk isteri tersebut malah untuk sesiapa sahaja dalam keluarga group kami yang menghadapi musibah.



Ai berdebar-debar sepanjang satu hari tu menantikan keadaan isteri tersebut. Syukur Alhamdulillah, bayi dan ibunya dalam keadaan baik. Bayinya negatif dari Covid dan ibunya sedang menjalani rawatan sehingga sembuh. Lega terus hati ini. Tetapi pada hari yang sama juga, kami mendapat perkhabaran sedih bila salah seorang bapa dalam group kami itu mengalami stroke dan telah meninggal dunia keesokkan harinya. Semoga ahli keluarganya tabah, kuat dan redha dalam menghadapi ketentuan ini. Apa pun keadaan yang melanda sekarang, sama-sama kita berdoa semoga kita semua kuat dalam mengharungi kehidupan di dunia ini dan sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah S.W.T.

No comments: