Monday, August 2, 2021

Cartoon Face


enZaf hantar gambar di Whatsapp. Susah nak nampak dia rajin melayan apps jenis macam ni hehehe.. itu tandanya dia banyak masa terluang :p Jadi ai buat kenangan simpan di dalam blog. Gambar-gambar ini enZaf buat masa pertengahan bulan Jun yang lepas. enZaf buat gambar kami menjadi Cartoon Face dengan menggunakan VoilĂ  AI Artist Apps.



Cantik betul mata tu kan. Nama pun kartun dah sah sah la mata tu kena besar dan bulat. Comel je tengok hehehe..



Bila ai tunjuk kat Ariq gambar dia, katanya kenapa pelik. Dia tak suka hahaha..



Dalam ramai-ramai tu, Qaireen mata paling bulat sekali. Ya ampun macam bola dah bulatnya.



Ai pula pipi tu tak boleh kembung lagi ke heheheh...



enZaf pula cakap, pipi dia kenapa senget sebelah. Cakap dengan dia, pipi kembung adalah trademark kami berdua. Tak boleh nak cover lagi dah tu :p



Rajin pula dia buat gambar kami setiap seorang. Siap minta ai gambar Abah dan Mak pula. Lepas tu hantar kat Family Whatsapp Group.



Mak paling comel sekali.



Begitulah rupa muka kami bila dikartunkan ;) Bercerita mengenai apps sebegini, ai sejenis yang tak rajin nak buat macam ni. Jarang lah nak up-to-date atau follow sangat dengan apa yang diviralkan dalam media sosial. Dalam Instagram ai hanya upload gambar atau video saja. Tak pernah lagi buat IG Story, IG Live apa ntah lagi. Sekarang dengan Reels pula kan, ai suka tengok kawan-kawan pandai share dalam tu apa dorang buat. Tapi untuk sendiri tak tahu nak kongsi apa, pelik sungguh. Facebook pun ada juga macam IG Story tu kan panggil apa ai tak ingat pula. Jarang buka dah Facebook melainkan nak upload gambar, lepas upload gambar barulah ai akan membaca segala cerita kawan-kawan dengan like dan komen :) Blog ini sahajalah tempat ai banyak bercerita nak dibandingkan dengan platform lain.

Tadi dalam pukul 9 malam, ai tiba-tiba rasa nak makan kek. Terus teringat kek kat McDonalds ada kek baru iaitu Kek Pandan Gula Melaka. Laju-laju buka apps dan order. Dalam pukul 9.25 malam sampai depan pintu. First time nak merasa, sedap juga keknya.





No comments: