Wednesday, June 30, 2021

Projek Sains: Topeng Gigi di Tangan Tahun 3


Ini adalah projek subjek Sains untuk Ariq bagi tahun 2021. Bahan-bahan untuk menghasilkan topeng ini tidaklah banyak, kita perlukan kad manila, watercolor, marker, gunting dan double-sided tape. Hanya kad manila je tak ada dalam rumah ini, dah habis pakai. Jadi ai guna kertas warna bersaiz A4 yang tebal sebagai ganti. Mujur memang kat rumah ini ada simpan kertas warna yang tebal, yang jenis buat cover untuk buat assignment tu.



Cikgu Sains minta murid-murid buat salah satu topeng berdasarkan dari Buku Teks. Antara 3 jenis haiwan tersebut, Ariq memilih topeng buaya. Katanya senang sikit nak buat. Kalau tengok pada haiwan Monyet dan Arnab tu, lebih rumit nak lukiskan. Buaya nampak lebih mudah. Pakai kertas warna hijau, warna putih tak ada.



Dah gunting bentuk buaya tu, Ariq warna pula dengan watercolor. Senang kertas dah hijau jadi warna sikit je dengan warna hijau gelap pula. Cuma bahagian gigi, mata dan hidung perlu warnakan putih, tambah kerja sikit lah. Kalau kertas sedia putih lagi senang tak perlu warna dah.



Dah kering warna buaya tu, baru lekatkan pula gulungan kertas untuk masukkan tangan. Bab gulung kertas ini ai tolong Ariq. Sebab dia tak tahu nak ukur tangannya. Pastikan gulung kertas tu ikut besar penumbuk tangan. Kalau ikut pada lengan atau pun pergelangan, nanti sangkut tak boleh masuk.



Inilah hasil Ariq untuk tugasan Sains kali ini, iaitu Topeng Gigi di Tangan. Dalam 35 minit jugalah siap. Dan seperti biasa pukul 12 pagi baru buat huhu..





Hasil ini perlu dihantar kat sekolah. Cikgu Sainsnya letakkan kotak di dewan untuk submit buku Aktiviti dan projek ini sekali. Setakat ini hanya subjek Sains je yang hantar buku di sekolah. Subjek lain semuanya di dalam GC. Masa Aliah Tahun 3, dia pun buat topeng yang sama macam Ariq. Tapi dia buat topeng ini dan siapkan semuanya di sekolah. Balik rumah baru tunjuk hasilnya. Ai tak ambil pula gambar buaya dia tu hihihi.. Dah masuk bulan Julai, pejam celik berlalu sudah setengah tahun. Moga ada sinar untuk kita yang berbaki lagi 6 bulan tahun 2021 ni.

2 comments:

OneSue said...

anak hebat, rajin mama nyer :)

Nurhayati said...

MasyaAllah.. aamiin.. maknya tak ada lah rajin sangat.. cuba cikgu kata tak perlu hantar, tak buat agaknya hehehe..