Thursday, June 17, 2021

Buat Kolaj Lagi


Hari Isnin ke Hari Selasa, Ariq ada kelas online subjek Seni. Topiknya masih sama dengan kelas terakhir sebelum cuti sekolah iaitu kolaj. Cikgu seninya turut memberi tugasan yang sama untuk kali ke dua cumanya kali ini teknik kolaj yang simple. Hanya menggunakan kertas warna. Murid-murid boleh memilih bentuk lukisan yang disukai. Ariq memilih untuk melukis bola.



Bentuk bulat tu Ariq guna salah satu permainan Qaireen, pizza pan :) Kalau lukis sendiri tak dapat bentuk bulat tu cantik. Jangan katakan dia, Mummy pun failed nak dapatkan perfect round kan. Pada mulanya, tugas ini dibuat ketika kelas online di jalankan. Ariq buat bentuk awan, lepas tu dia tak nak pula bentuk tu. Awan dia buat tu satu warna je dia guna warna biru. Nampak tak meriah agaknya lah kan. Itu yang dia buat yang lain bentuk bola pula.



Sekejap sahaja Ariq siapkan tugasan ini dalam 20 minit. Senang sahaja lukis, koyak dan tampal. Kena pula gambar dia tu bulat je lagi senangkan. Cuba banyak bentuk mungkin makan masa lagi. Bila ai tengok balik semula gambar dia ini, dah nak sama pula dengan projek seni dia tentang Belon Udara Tinggi yang dia buat sebelum ini [link]



Oh untuk simpanan dalam blog ini, waktu Ariq buat tugasan ini sebenarnya pukul 3 pagi. Dia kata tak mengantuk sebab tengok bola sama-sama dengan Daddy. Sekarangkan tengah musim bola EURO. Itu yang segar matanya. Mummy pula jenis tak boleh tengok anak senang, paksa dia siapkan projek seni ini hihihi... Walaupun due date untuk submit tugasan ini hari Ahad. Ai paksa siapkan cepat supaya tiada menangguh lagi. Anak-anak ini setiap hari ada homework. Kalau tak buat menimbun homework tu nanti huhuhu...

No comments: