Saturday, June 26, 2021

US Pizza di Sungai Buloh


Sebenarnya sudah lama perasan ada US Pizza baru buka di TSB Commercial Centre Sg. Buloh setiap kali balik rumah mak. Tapi tak pernah kami cuba. Kebetulan masa bulan Mac, kami ke TSB untuk buka akaun bank akak Zahra sebelum dia masuk asrama. Masa sampai bank tutup sebab kami datang waktu tengahari, orang nak lunch hehe.. sementara nak menunggu buka semula kami pun singgah makan. Alang-alang dah sampai TSB itu yang kami makan di US Pizza.



Kedainya tidak berapa besar tapi ai suka keadaannya yang bersih dan cosy.



Memandangkan ini kali pertama kami makan di sini, jadi enZaf order sahajalah apa yang menarik di mata dia. Ai suka dengan Mushroom Soup kat sini. Sedap sangat diganding dengan Garlic Stick yang lembut tu memang terbaik.



Lupa pula nak ambil gambar air haha.. ambil satu air je American Ice Tea. Serius sedap, ai suka betul kalau air tehnya yang jenis nipis dan manis yang just nice. Banyak juga ai minum hihihi.. Eh! lupa pula apa nama pizza gambar kat bawah ini. Yang penting pizza ini mestilah anak-anak makan, asalkan ada Chicken Pepperoni ataupun Chicken Slice dorang okay saja.



Satu lagi enZaf order pizza yang tak ada kat tempat lain. Pizza Sambal Sotong hehehe.. Tengok pada bahan yang ada memang puas hati tapi rasanya biasa-biasa saja. Mungkin expectation ai pedas tu kaw. Tapi overall sedap juga la sebabnya habis pizza tu ke sebab lapar :p



Ada macam-macam jenis juga pizza kat sini, ai tengok semua nampak menarik. Nanti boleh ajak enZaf makan lagi US Pizza ni dan cuba menu lain. Selesai makan baru kami pergi semula ke bank. Ya Allah ramainya manusia, mujur kami antara orang yang cepat juga sampai, kalau lambat sikit dah beratur di luar bank. Elok kami masuk dalam, hujan turun dengan lebatnya. Ai bawa Zahra je dalam bank, yang lain semua tunggu di dalam kereta. Entah macamana nak dijadikan cerita, ai terlupa bawa surat tawaran sekolah masa nak buka akaun. Dokumen lain semua ai bawa kecuali surat itu saja yang tertinggal. Mujurlah sekarang ini semuanya digital dan ai ada simpan dalam handphone. Dan nasib baik juga pegawai bank di situ baik hati boleh printkan surat tawaran Zahra. Fuh terima kasih pada pegawai tersebut. Kalau buat entry ni awal-awal lagi ai masih ingat nama pegawai tu, tapi sekarang dah lupa huhu.. Agak lama juga kami dalam bank ini, bermula dari mengisi borang yang boleh dikatakan banyak juga sampailah terima kad bank adalah dalam 2 jam. Lama sungguh prosesnya huhuhu.. Ai perhati ada jugalah 3-4 orang yang sama macam akak Zahra nak buka akaun bank sebelum memasuki asrama :)



Oh ya proses buka akaun bank untuk pelajar ini tidak sama dengan cawangan-cawangan yang lain. Walaupun bank yang sama. Itu pun ai tahu dari baca Group Whatsapp sekolah Zahra yang ramai ibu bapa berkongsi pengalaman mereka bila hendak buka akaun anak. Ada sesetengah bank perlukan dokumen ini ada yang perlukan dokumen itu. Ada juga yang belum cukup umur 13 tahun tidak boleh keluarkan kad ATM tapi ada cawangan lain boleh pula huhu... Pelik sungguh kenapa tak diselaraskan syaratnya. Kesian bila ada sesetengah ibu bapa terpaksa berpatah balik ke rumah disebabkan dokumen yang tak lengkap, ada yang terpaksa pergi keesokkan harinya dan ada juga yang pergi cawangan lain pula sebab cawangan berdekatan tak dibenarkan buka akaun. Begitulah kisahnya dan bukan setakat bank akaun saja, apa sahaja berkaitan dengan keperluan anak masing-masing tidak lokek berkongsi pandangan, pengalaman dan tips. Bila baca Whatsapp tu ai terasa terharu dengan ibu bapa yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi untuk anak-anakkan. Begitu jugalah dengan ibubapa kita. Jasa mereka tak cukup kita balas dengan wang ringgit jadi perbanyakkanlah dengan doa, sedekah dan amalan kita untuk bekalan mereka di akhirat kelak. InsyaAllah :)

No comments: