Wednesday, June 16, 2021

Happy 15th to Us!


Pada 2hb Jun merupakan hari Ulangtahun Perkahwinan buat ai dan enZaf yang ke-15 tahun. Fuh macam tak percaya pula rasa, pejam celik dah 15 tahun rupanya. Rasa macam baru kahwin je ehhh.. itu tandanya kita tak rasa bosan dengan rumahtangga :p Untuk orang lain mungkin 15 tahun itu baru lagi tapi bagi kami 15 tahun tu macam dah lama. Apa pun syukur alhamdulillah.



Memandangkan hari ulangtahun ini kita berada dalam suasana PKP3.0 jadi kami hanya menyambut di dalam rumah sahaja. Kalau tak pasti kami dah keluar makan kat restoran hehe.. enZaf keluar lepas waktu Asar untuk membeli kek. Katanya dia pergi ke Secret Recipe tapi kek dah habis. Dari SR terus dia ke kedai bakery nama Haruka. Di sana keknya hampir nak habis, hanya tinggal 2 atau 3 kek sahaja yang masih ada. Wah! ramai orang sambut anniversary juga ke hehe..



enZaf pilih kek Onde-onde Gula Melaka. First time kami nak cuba, kata enZaf nampak menarik itu yang dia terus beli. Memandangkan kami sambut waktu petang, enZaf ada juga membeli donut dari Jco. Dia nak penuhi hasrat anaknya Zahra yang kata lama tak makan donut Jco. Kalau di Jco hanya donut Oreo dan Strawberry sahaja yang dia makan. Sebelum makan semestinyalah kita kena bergambar dahulu. Wajib ada bergambar satu keluarga.



Lepas dah bergambar tu baru ai perasan tak nyalakan lilin. Nak ajak bergambar lagi ramai-ramai ai dah malas sebabnya Qaireen dah tak senang duduk. Dia sibuk nak makan donut. Dalam banyak-banyak gambar, yang ini je lah dia pandang kamera. Gambar lain tu semuanya dia bergerak sana sini tak duduk diam huhu... Bila anak-anak tengah makan barulah kami bergambar berdua pula.



Lilin pun dah dinyalakan hehe.. Kek tu pun ai letak atas bekas cookies nak bagi nampak tinggi hahaha.. Lepas ini kena minta enZaf belikan cake stand la untuk simpanan dalam rumah. Boleh pakai setiap kali untuk sambut birthday atau apa-apa sahaja bila beli kek.



Mujur kek tu tak terjatuhkan. Kecil sangat pula letak atas bekas tu. Ai request kat enZaf ambil gambar sambil kami berdua tiup lilin. Tak pernah lagi buat macam ini, sempena 15 tahun gitu hehehe.. Thank you akak Zahra ambilkan gambar Daddy dan Mummy :)



Oh gambar bawah ini rupa dalam kek Onde-onde Gula Melaka. Sedap keknya, ai suka sebab tak terlalu manis. Krimnya memang rasa berlemak dan sponge cake dalam tu pun lembut. Luar kek tu disalut dengan parut kelapa. Memang terbaik!



Tarima kasih buat suamiku encik Zafaris, kerana dia tak jemu-jemu membahagiakan diriku dan anak-anak juga. Walaupun dia tahu isteri dia ini sangat cerewet dan kuat membebel :p Semoga ikatan perkahwinan kita ini kekal dan bahagia hingga ke Jannah. InsyaAllah.

2 comments:

Eliss said...

Happy anniversary . semoga sampai syurga.

Nurhayati said...

Thank you eliss :)