Monday, February 1, 2021

Menghantar dan Mengambil Buku Teks Tahun 2021


Bukan main gigih ai mengupdate blog pagi buta ni. Pada minggu lepas adalah minggu menghantar buku teks sesi tahun 2020 dan mengambil buku teks sesi tahun 2021 untuk sekolah rendah. Hari penghantaran dan pengambilan berbeza dan mengikut jadual yang ditetapkan. Mujur enZaf free untuk ke dua-dua tarikh, jadi dialah yang menguruskan semuanya. Hari Selasa adalah hari untuk Tahun 5, buku teks anak-anak ini sudah ai ikat masa tahun lepas lagi. Cuma masa hari nak hantar itu, ada beberapa buah buku yang tidak perlu diikat bersama. Perlu dihantar tapi berasingan, ai tak pasti kenapa tapi dah arahannya begitu, kita turutkan saja :)



Hari Jumaat hari untuk hantar buku teks Ariq pula. Sebelum hantar ke sekolah, ai double check buku-buku yang dia ada. Rupa-rupanya ada satu buku teks yang tiada pada Ariq. Sebelum ini tak perasan sebab tiada senarai buku untuk dihantar, bila cikgu hantar senarai buku barulah ai sedar. Buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang tiada.



Seingat ai buku teks PJPK dia tu memang ada, entah kenapa tiada pula masa tu. Puas ai cari dalam bilik dia, tetap tak jumpa. Disebabkan buku teks PJPK dia hilang, terpaksalah kami menggantikannya. Nak beli baru dah tak sempat, maka kami kena ganti dengan wang tunai. Cikgu pun dah bagi senarai harga buku teks sekiranya buku teks hilang. First time jadi macam ini, belum pernah lagi anak-anak hilang buku teks :(

Malam tadi dalam pukul 11 lebih ai nak masuk tidur dan terpandang buku teks Ariq, saja la belek buku-buku dia. Sejak dari ambil kat sekolah ai langsung tak tengok apa entah lagi pegang buku dia. Kononnya nak tengok je, tahu-tahu ai dah keluarkan pembalut buku, tape dan gunting hahaha... Ikutkan pada mulanya tak ada pun niat nak balut buku dia, eh.. nak balut pun ada niat kan hehe.. nak membalut buku ni kena ada mood juga. Kalau setakat satu atau dua buah buku tak apa lagi, ini banyak kot boleh datang sekali pakej dengan sakit pinggang :p Gambar kat bawah ini, gambar setelah selesai membalut buku teks dan buku aktiviti sekolah Ariq.



Alhamdulillah tak banyak sangat nak membalut buku dia. Kebanyakkan balutan pada buku teks masih elok dan boleh pakai lagi. Hanya 2 buku teks sahaja perlu dibalut dan semua buku aktiviti yang baru. Tinggal buku teks Aliah je ai tak buat apa lagi. Batch dia memang dapat buku teks baru setiap kali masuk tahun baru. Eh, ai suka bau buku baru, best sangat hahaha.. Gambar kat bawah ini, masa enZaf pergi kedai Popular. Minggu pertama persekolahan dia beli buku latihan untuk anak sulongnya yang baru masuk sekolah Menengah. Memang tak bagi chance terus kena buat banyak latihan :p Aliah dan Ariq tak beli buku latihan tambahan sebab banyak lagi yang belum digunakan dalam rumah ini.



Dalam membeli buku latihan itu pun, Daddy dia selitkan sekali dengan buku bacaan kegemaraan anak-anak. Zahra dan Aliah saja lah, Ariq memang tak layan buku. Bila Daddy dia tanya ada tak minat buku apa-apa, contoh macam komik ke, Ariq laju je jawab tak nak hahaha.. mamat sorang ni memang tak minat membaca buku.

No comments: