Friday, January 29, 2021

Malam Berinai Untuk Pengantin dan Kami


Pada malam 30hb Disember 2020, keluarga kami buat malam berinai untuk pengantin. Sebelum tu gambar di bawah ini adalah pelamin di rumah. Memandangkan majlis akad nikah dilakukan secara simple kerana mematuhi sop, jadi kami sekeluarga memutuskan untuk membuat pelamin dan sedikit kenduri doa selamat untuk meraikan pasangan mempelai. Semuanya di buat ini atas permintaan Mak juga kerana dialah orang yang paling gembira anaknya nak berkahwin.



Pelamin ini pun last minutes dapat, mujur masih ada slot kosong. Rezeki adikku Nani, oh ya terima kasih pada kawannya Huda sebab dialah yang banyak membantu termasuk urusan pelamin ini. Sementara menunggu orang inai sampai, ambil gambar anak-anak ni. Yang kiri sekali tu orang yang paling sibuk sekali kat kerusi pelamin. Dia tak nak turun dari kerusi tu, dah buat port tempat dia melepak. Apa yang seronok sangat pun tak tahu hihi...



Urusan tempahan inai semua diuruskan adik ai Nani. Dia cari yang dekat sahaja area rumah supaya senang nak datang. Orang pertama yang buat inai ialah Mak.



Ambil gambar Aliah masa tengah buat inai. Dia memang suka inai ni, bila suruh pilih corak apa dia nak memang tiada masalah. Laju je dia belek album.



Muka akak Zahra yang kena paksa buat inai. Ikutkan dia memang tak nak langsung pakai inai. Jenuh ai pujuk dia, akhirnya buat juga lah tapi satu tangan sahaja. Tak nak buat dua-dua huhuhu.. Masa tengah buat tu, dia langsung tak pandang tangan dia okay, punya la tak suka. Sorry kakak, Mummy paksa buat juga bukan untuk orang lain tapi untuk Mak Tehnya yang kahwin.



Majlis ini hanya kami-kami sahaja termasuk 5 orang sahabat baik Nani. Walaupun tak ramai tapi meriah. Seronok tengok semua orang pun join berinai bersama-sama meraikan pengantin.



Rambang mata juga tengok design inai-inai yang nak dibuat. Semua cantik bagi ai. Setiap corak ada harga tersendiri bermula dari RM5 hingga RM25 setiap satu tangan. Lagi banyak corak lagi mahallah harganya. Disebabkan ai dah rambang mata tak tahu nak pilih mana, ai bagi album inai tu dekat enZaf, minta dia saja yang pilihkan. Maka gambar kat bawah itulah corak yang enZaf pilih :)



Ai orang yang terakhir buat inai ni. Bagi semua orang selesai barulah kita buat. Dibahagian lain adik ai Nani pun turut buat inai juga. Mestilah dia buatkan dah pengantin. Orang yg buat inai ni orang lain, memang khas untuk pengantin sahaja. Kalau sorang je yang buat inai tak tahu la nak siap pukul berapa pula kan. Lagi pun nak buat inai untuk pengantin ni lagi lama. Coraknya lebih banyak dan bukan buat pada tangan sahaja, kaki lagi. Jadi eloklah sorang sahaja yang fokus untuk pengantin. Masa nak buat tu pun bukannya sekejap.



Inai sekarang cepat juga keringkan. Paling lama 30 minit bergantung pada corak. Kalau sikit sahaja coraknya lagi sekejap je masa menunggu inai tu nak kering. Bila semua inai dah kering apa lagi sesi bergambar lah kami. Muka ai pun dah comot berpeluh bagai. Rasanya masa bergambar ini dalam pukul 10 lebih dah nak dekat pukul 11 malam kot.



Ai nak bergambar berdua sahaja dengan Nani tapi Qaireen pula nak bergambar sama. Menangis-nangis bila ai tak dukung dia huhu.. Sabar saja lah. Lepas tu sesi bergambar adik beradik bersama Mak.



Bergambar beramai-ramai pula kecuali Abah dan menantu lelaki. Lelaki mana ada kisah berinai ni, dorang lepak luar borak dan makan lagi bestkan hehehehe.. Tengok mak dalam gambar dah macam baca doa pula gayanya tu hihihi...





Alhamdulillah kami semua happy malam tu. Malam tu juga, kawan office Nani hantar Nasi Daging buat kami sekeluarga untuk makan malam. Sedap makanannya, Alhamdulillah rezeki dan nikmat dikelilingi dengan orang yang baik-baik. Hari ini hari Jumaat terakhir untuk bulan Januari. Dah nak masuk bulan Februari pula sekejap je masa. Jangan lupa baca surah al-Kahfi ya.

No comments: