Tuesday, February 2, 2021

Projek Seni: Si Putih Menawan Tahun 5


Bila PdPR dijalankan, maka bermulalah kerja sekolah anak-anak. Setiap hari memang ada online class dan online homework. Kadang-kadang tu macam tak cukup nafas ai nak monitor hehehe.. Projek seni pun salah satu tugas yang perlu dibuat, minggu pertama lagi cikgu dah bagi tugasan. Tapi untuk entry ini ai nak ceritakan projek seni minggu yang ke-2. Cikgu subjek Pendidikan Seni, Cikgu Jaya minta anak murid buat projek bertajuk Si Putih Menawan. Projek ini memerlukan teknik garisan dan capan sama seperti projek minggu pertama dia. Untuk projek seni ini, ai dah susun jadual Aliah dan Ariq untuk menyiapkan tugasan pada hari minggu. Senang sikit supaya tak kelam kabut nak buat pada hari biasa yang memang sedia maklum banyak kelas nak kena attend. Setiap kali dapat tugasan seni, Aliah akan beri senarai dan maklumkan pada ai bahan-bahan yang diperlukan. Sejak dari tahun lepas lagi, Aliah banyak menyenangkan ai part tugasan, kerana dia boleh buat dengan sendiri. Ai hanya datang tengok sekejap-sekejap dan ambil gambar sahaja :p



Pandai dia lukis Swan tu. Sebelum tu sayapnya kecil, ai suruh dia padam dan buatkan sayapnya lebih besar. Mujur bahan-bahan yang diperlukan memang sudah ada di rumah. Nak nak kena guna polisterin, ai ingatkan dah tak ada. Rupanya Aliah ada simpanakan dalam bilik dia. Fuh lega, kalau tak nak beli polisterin semata untuk dia nak guna sikit je kan.



Pelbagai teknik garisan yang perlu dibuat ke atas Angsa itu. Berpinar juga mata dia nak buat hehe.. Ikutkan ada jenis pen yang diperlukan, pen teknikal ke apa yang jenis mata halus tapi ai bagi Aliah guna apa yang ada sahaja kat rumah ini. Nak keluar untuk beli satu pen tak perlulah, PKP kita duduk rumah diam-diam. Harap-harap cikgu seninya faham lah kan.



Kalau nak ikutkan pada buku teks, bahagian air tasik tu memerlukan kotak yang garisannya beralun. Tapi kat rumah ini tiada pula kotak yang jenis garisan beralun, tak nampak la air tu bergelombang gitu. Habis segala kotak kasut ai koyak, gigih nak tengok dalam kotak tu garisannya beralun ke lurus. Tak dapat berombak hanya garisan lurus je hahaha.. hentam saja la nak oi.



Inilah hasil projek seni Aliah untuk Si Putih Menawan.



Suka dia bila dah siap, penat katanya terutamanya bahagian Angsa tu kan. Banyak jenis corak garisan nak kena buat. Itu pun dia buat kecil-kecil pada mulanya, ai suruh dia besarkan supaya cepat sikit siap :) Happy dia siap tunjuk kat Daddy dan nak gantung kat dinding dalam bilik.

2 comments:

A m m i said...

cantiknya...

harini turn anak ammi pulak dapat tugasan ni...apa hasil dia ntah nanti

Nurhayati said...

ammi: mesti cantik juga tu..