Wednesday, December 23, 2020

Projek Seni: Seni Habuk Pensel Tahun 2


Aish ingatkan cuti sekolah ni rajin la nak update blog. Makin bertambah malas rupanya hehe.. Okay ini last nak cerita pasal aktiviti seni anak-anak terutamanya Ariq. Nak dekat cuti sekolah banyak pula cikgu bagi kerja. Tajuk seni yang cikgu bagi ini ai tak berapa pasti sebabnya tiada dalam buku teks. Dalam Google Classroomnya tulis seni menggambar itu sahaja. Seni kali ini kena menggunakan habuk pensel/ pensel warna.



Part mengasah pensel ini ai banyak tolong Ariq. Nampak mudah tapi susah juga. Sampai melecet jari ai okay. Pengasah pensel tu kecil nak pegang betul-betul masa mengasah itu bukan senang sebab nak pastikan habuknya tak terputus. Ada sesetengah pensel warna bila diasah pecah pula habuk dia tu macam berderai. Ai dan anak-anak ni biasa mengasah pensel guna pengasah besar tu (table/ desk pencil sharpener) bila pakai kecil ni huru hara haha.. Lagi satu nak kena ada pensel warna banyak. Gambar yang Ariq nak buat tu memerlukan habuk pensel yang banyak.



Cikgu seninya ada bagi beberapa contoh gambar yang boleh diambil sebagai projek seni. Ariq pilih gambar burung hantu. Dia ada juga pilih nak lukis bunga. Tapi takkan la lelaki nak buat bungakan. Dia kata pilih bunga tu sebab sikit je habuk pensel nak lekat hahaha.. Nak cepat siap la tu. Kalau tengok pada gambar bunga tu pun memang ai perhati dalam 5-6 habuk pensel sahaja diperlukan. Tapi ai cakap dengan Ariq buat pilihan pertama dia iaitu burung hantu. Nasib baik la dia okay je.



Hasil gambar burung hantu menggunakan habuk pensel. Susah juga nak tampal habuk pensel tu. Sampai ada yang dah terputus pun Ariq tampal je haha.. Asalkan jadi dan siap ye nak. Laju-laju ambil gambar dan hantar ke cikgu. Sepah-sepah atas meja tu ai lah yang kena kemas huhuhu..

4 comments:

mummy_ayu said...

wah...nice!

Nurhayati said...

thank you :)

Eliss said...

wah. menarik jugak. seni ni biasa mak yang tolong buatkan biasanya. dia buat sikit2 je. anak2 tak berseni, mak yang tak berapa berseni pun kena.

Nurhayati said...

Alah lebih kurang je kita tangan keras juga. Kena projek seni tu susah nak buat mmg mak dia juga yg kena tolong huhu tp bila dah masuk tahun 4 senang byk sbb dorang dah boleh buat 100% sendiri.