Sunday, November 15, 2020

Bracelets untuk Anak-anak


Pada 2 hari yang lepas iaitu hari Jumaat, tiba-tiba ada orang ketuk rumah. Masa tu ai minta Aliah tolong bukakan pintu tengok siapa sebabnya masa pintu tu diketuk ai dah dengar suara macam suara anak jiran depan rumah. Kalau ai tak dengar suara tu memang jarang suruh anak bukakan pintu. Bila Aliah buka pintu memang betul pun tekaan ai, Mia anak jiran yang ketuk. :) Rupa-rupanya dia nak bagi barang.



Comel sangat notes yang dia tulis dan lekat kat paper bag tu. Yang kelakar tu, paper bag itu Smiggle tapi Mia siap-siap tulis kat nota yang barang dalam tu bukan barang Smiggle hahaha Beritahu siap-siap supaya anak-anak tak salah faham atau pun frustkan. Bila ai buka paper bag tu rupanya dorang bagi anak-anak bracelets.



MasyaAllah comelnya. Cantik-cantik pula tu, siap dengan dangle lagi. Setiap seorang dapat. Aliah dan Zahra pun pernah dapat bracelets macam ini dari kawan-kawan sekolahnya. Sekarang bertambah lagi koleksi masing-masing. Budak perempuan memang rata-ratanya ramai beli dan buat sendirikan.



Ariq dia gantung dekat bagnya buat macam keychain. Nak pakai malu katanya. Dia suka sebab ada bola :)



Terima kasih Damia dan Delisya dan mamanya Miza!! Semoga dimurahkan rezeki selalu. Sedih sebenarnya sebab dorang ni tak lama lagi nak pindah. Jiran ai ni baik sangat, suka bagi macam-macam terutamanya bab makanan.

No comments: