Friday, November 20, 2020

One Night at Avillion PD


Hari ini ada banyak masa sikit nak belek blog terutamanya bahagian post. Selalunya bila ai nak update blog memang buat entry dan publish sekaligus. Selesai publish ai akan terus tutup komputer, tiada masa dah nak belek benda lain. Hari ini ai tergerak hati nak check bahagian draft. Rupanya ada satu entry dah lama duduk kat situ hihi.. berkenaan percutian kami di Avillion Port Dickson :) Dah lama cerita ni bila ai click pada entry ni rupanya ada video sahaja dalam tu. Jadinya gigih la ai cari semula semua gambar masa kami di Avillion. Mujur ada simpan lagi gambarnya. Tarikh yang tepat masa bercuti ni pada 22hb April 2018. Fuh.. ingat tak ingat je apa aktiviti kami buat sepanjang kat sana ;) Yang pasti ini adalah kali pertama kami bercuti di Avillion Port Dickson dan hanya untuk 1 malam. Seingat ai enZaf bawa bercuti ni sempena ai habis pantang. Ini adalah percutian wajib setiap kali ai habis pantang begitu juga dengan anak-anak yang lain.



Suka tengok gambar kat atas tu. Gambar ni diambil masa menunggu enZaf buat urusan check-in. Sambil tu anak-anak ni entah berapa kali minum air oren (welcome drink). Mentang-mentang la boleh refill banyak kali. On the way nak ke bilik, cantik kawasan dalam Avillion ini. Penuh dengan pokok dan tumbuh-tumbuhan kehijauan. Rasa tenang dan damai je, hilang rasa stress dari hiruk piruk bandar.



Sampai bilik kami berehat seketika sambil ai menyusukan Qaireen. Ingatkan nak bagi dia tidur sekejap tapi sampai kesudah dia taknak tidur. Besar biji mata mungkin dia pun seronok kot dapat berjalan tengok dunia luar hehe First time keluar jauh.



Memandangkan Qaireen pun tak nak tidur, kami pun keluar bilik. Nak berjalan-jalan pusing kawasan Avillion ni. Cantik view. Anak-anak semuanya suka pantai, memang masing-masing leka bila tengok air laut tu.



Masa berjalan area tu ai ternampak ada beberapa pokok bunga Orkid. Laju ke sana nak tengok tapi sayang tak boleh tengok dekat-dekat sebabnya pokok Orkid ni dia tertutup dengan cage. Minta tolong akak Zahra ambilkan gambar Mummy walaupun jauh dengan bunga, jadilah hihi..



Aliah pula nampak satu burung Merak. Terus minta Mummynya ambilkan gambar. Besar burung Merak tu, cantik warnanya biru berkilat dan ekornya pun panjang. Kalau la dia buka sayap tu mesti besar dan cantik.



Bergambar sedikit dengan ambil gambar anak-anak. Cuaca masa ni agak panas, terasa bahangnya. Muka masing-masing berkerut menahan dek kepanasan hihi..



Ada juga gambar kami sekeluarga :)



Qaireen bersama Daddynya. Masa ni Qaireen dah ada tanda-tanda mengantuk. Walaupun panas ada tiupan angin itu agaknya buat lagi mengantuk.



Mummy pun nak juga bergambar dengan Qaireen. Sempat tu sikecik menarik tudung Mummy. Ada baby ni kan memang senget benget la tudung. Redha dan pasrah je la :p



Dalam Avillion ni ada Petting Zoo. Masa ni anak-anak hanya tengok dari luar sebab Petting Zoo ni ada masa yang ditetapkan untuk masuk ke dalam. Semua tak sabar nak masuk dalam, sejak dari nampak tu asyik je tanya jam dah pukul berapa haha Adoila Mummy kena tengok jam setiap minit.





Lepas tengok haiwan-haiwan tu, enZaf ajak ke cafe untuk berehat dan makan petang. Disebabkan cuaca panas, enZaf order Abc, Banana Split untuk menyegarkan tekak dan Rojak Buah.



Ada aiskrim laju la dorang ni makan.



Lepas makan terus kami balik ke bilik. Salin pakaian untuk bawa anak-anak mandi pula.



No comments: